Thursday, April 05, 2012

Proton : Dulu Kemelayuan Kini Kelatinan. Apa Ada Pada Melayu.

Beberapa tahun lalu, semasa mempamerkan kereta konsepnya, Proton menggunakan nama Tuah dan saudara-saudaranya, memberi harapan kepada jati diri bangsa yang megah di persada modenisasi antarabangsa. Tetapi adakah ianya ia sekadar gimik, polemik dan seramik. Nama 'Preve' membuktikannya.


Setakat ini, PROTON Holdings telah menerima 1,000 unit tempahan bagi model Preve sejak mula ditampilkan secara ‘teaser’ pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu.

Mengenai pemilihan nama, Syed Zainal berkata nama Preve yang dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘bukti’ atau ‘memandang ke depan’ dipilih bagi menggambarkan komitmen serius kumpulan dalam mengeluarkan produk bermutu yang memenuhi semua syarat ketat dan keperluan pasaran eksport.

“Kami mahu menjadi pembuat dan pengeluar kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata kami memerlukan nama yang boleh menunjukkan tahap syarikat hari ini dan ke mana hala tujunya di masa depan,” katanya.


Bermula dengan "Saga" yang maksud lebih kurangnya "hikayat" , Proton sentiasa muncul dengan ketidak-konsistenannya dalam memilih nama model kereta yang dikeluarkannya. Kemudian, "Iswara" pula menjadi kontroversi apabila sesetengah pihak mendakwa Iswara menyamai nama salah satu tuhan penganut Hindu.

Kemudian, teguran dari ahli akademik lingustik Melayu membuatkan Proton tampil dengan model-model bernama kemelayuan yakni "Wira" , "Putra" , "Juara" , "Tiara" , "Satria" , "Arena" , "Waja" dan "Perdana".

Dunia berubah. Proton juga mahu berubah. Kemelayuan bagi mereka ketinggalan zaman agaknya. Maka muncul pula model-model yang mencedok nama-nama Inggeris-Latin. Bermula dengan "Savvy" kemudian "Persona" , kemudiannya "Exora" dan penjenamaan semula "Saga", kini Proton muncul dengan kereta yang dipanggil sebagai penanda aras produknya, "Preve".

Sedarkah kita bahawa Proton melalui zaman kegemilangannya ketika model-modelnya menggunakan nama Melayu. Tetapi menjadi lemau saat cuba meletakkan diri di persada antarabangsa dengan nama-nama model Inggeris-Latin.

Apa salahnya dengan nama-nama Melayu untuk pasaran di negara sendiri? Tidak ada hal untuk memilih nama Inggeris, Sepanyol, Arab, Urdu hatta Fiji sekalipun jika sesuai dengan pasaran tempat ia dieksport.

Beberapa tahun lalu, semasa mempamerkan kereta konsepnya, Proton menggunakan nama Tuah dan saudara-saudaranya, memberi harapan kepada jati diri bangsa yang megah di persada modenisasi antarabangsa. Tetapi adakah ianya ia sekadar gimik, polemik dan seramik. Nama 'Preve' membuktikannya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).