SMM tidak pernah berhubung dengan PTPTN - Ismail
KUALA KRAU 25 April - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah menerima sebarang memorandum atau surat menuntut pinjaman pendidikan itu dimansuhkan daripada pihak Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, tidak ada wakil kumpulan itu datang berunding atau menyerahkan memorandum berhubung penghapusan pinjaman PTPTN sedangkan pihaknya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu tersebut.
Justeru, kata beliau, kumpulan itu tidak sepatutnya mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan isu tersebut sebaliknya berjumpa dengan pihak PTPTN secara baik.
"PTPTN sedia berunding tetapi bukan dengan hadir bersama-sama mereka pada demonstrasi itu," katanya ketika ditemui pada Program Minda Mesra anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di Kampung Penderas, Kuala Krau, di sini petang semalam.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).