Ungkapan bahasa Kadazandusun itu bermaksud `Selamat Menyambut Pesta Menuai’ – sambutan tradisi masyarakat Kadazandusun/Murut (KDM) yang biasanya diraikan di penghujung musim menuai padi.
Hakikatnya bahasa Kadazan dan bahasa Dusun merupakan bahasa yang sama tetapi dengan loghat yang berbeza. Namun, bahasa Kadazan mengalami kepupusan lebih pantas mungkin kerana mereka tinggal lebih hampir dengan bandar berbanding orang-orang Dusun yang masih tinggal dalam kelompok mereka agak jauh dari bandar.
Pesta Keamatan diwartakan sebagai cuti umum di Sabah pada tahun 1960 dan kemerdekaan Sabah melalui Malaysia mengekalkan cuti umum tersebut yang disambut setiap 30 dan 31 Mei sebagai ucapan syukur ke hadrat Ilahi kerana penghasilan tuaian padi yang membolehkan kehidupan mereka dilestarikan.
Secara mudah, ucapan Kotobian Tadau Kaamatan boleh diucap sebagai mengalu-alukan mereka yang menyambut perayaan ini namun ungkapan yang lebih lembut ialah, Kopivosian Tadau Kaamatan.
Selamat menyambut Pesta Menuai bagi warga Malaysia berketurunan Kadazan, Dusun dan Murut.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).