Trend terbaru pemimpin rosak akhlak hari ini ialah, berzina sesuka hati, andai kantoi, sebutlah "ini semua kerja UMNO" bagi menutup keharamjadahan diri.
Sebenarnya, penafian seperti itu terlalu cliché dan terlalu tipikal kali ini. Ramai sekali yang mula menyedari bahawa dengan menyebut "ini semua kerja UMNO", itu telah menjadi signal bahawa mereka benar-benar melakukannya.
Tidak dapat dinafikan, setiap kesalahan moral Anwar Ibrahim yang terdedah akan 'ditutup' oleh empunya diri dengan kata-kata "ini kerja UMNO" dan " ini semua fitnah UMNO".
Mereka seperti mendapat senjata untuk melakukan kemungkaran di muka bumi dengan alasan mudah mereka yang telah diterapkan kepada setiap pelaku dalam golongan mereka, sekiranya terkantoi, sebut sahaja, " ini kerja UMNO ".
Kecuali bagi orang yang jumud pemikirannya dan taksub seperti Anwar bakal memberi syafa'at kepada mereka di Padang Masyhar, ramai yang telah sedar bahawa Anwar adalah individu yang subur dengan sifat "Just Deny It" dan tidak pula mungkin akan bertanggungjawab atas salah lakunya, sejak dari dalam UMNO lagi.
Sifat-sifat jelik Anwar dalam UMNO dahulu seperti menggunakan SB untuk menghentam penentangnya, dibawa ke hari ini.
Tetapi perancangan Anwar tidak sehebat perancangan Tuhan. Akhirnya, rakyat sedar bahawa Anwar adalah individu yang tidak akan pernah mengaku sedikitpun kesilapannya walhal jika dia berbuat demikian pasti dia akan lebih diterima masyarakat keseluruhannya.
Senang kan,mereka yang sedap-sedap main perempuan atau belakang jantan,bila kena,tuduh umno yang berkonspirasi dan penyokong taksub terus percaya bulat-bulat termasuk tok guru dan ustaz-ustaz....
ReplyDeletebetul sgt.. pasni itu la lesen dorang nak memenuhi nafsu serakah tanpa takutkan sesapa.. Allah pun depa tak takut.. inikan ostat ostat otard
ReplyDelete