Thursday, June 07, 2012

Awasi Huru-Hara Selepas PRU 13


Adalah parah apabila menyedari bahawa undi rakyat akan dipertikaikan oleh Pakatan Rakyat dengan serius dengan mengkambinghitamkan SPR kelak selepas PRU13.

Ini kerana, berbeza dengan iklim persepsi dan kepuasan hati rakyat pra PRU12 , PRU13 dinilai menjadi medan rakyat mengucapkan terima kasih kepada pemerintah negara yang melakukan transformasi, meninggalkan kesuraman yang membuahkan banyak undi protes diterima pada 8 Mac 2008.

Indikasi ini melambangkan bahawa keputusan PRU13 akan memihak kepada pemerintah Barisan Nasional dengan undi yang bakal diterima akan naik mendadak.

Maka tidak timbul isu besar apabila jaguh berangan nasional, jaguh pemburuk-buruk negara , jaguh penentang polis dan tentera, Anwar Ibrahim, mengaku di media asing bahawa dia yakin partinya akan memenangi PRU13.

Media asing yang diketahui mempunyai agenda tidak baik ke atas negara ini sudah tentulah merakam kata-kata Anwar untuk membantunya menentang Barisan Nasional setelah Barisan Nasional memenangi PRU13 atas pertuduhan penipuan dalam pilihanraya.

Bayangkan sendiri bagaimana halnya andai undi anda kepada yang berhak dipertikai dan dinilai sebagai penipuan.

Bayangkan betapa kejinya perancangan Anwar Ibrahim dalam mencetus huru hara pasca PRU13 apabila mengetahui partinya akan kalah, dan menafikan kekalahan itu dengan menuduh penipuan telah berlaku.

Alangkah sia-sianya undi kita kepada yang berhak kelak apabila Anwar Ibrahim diajar oleh punaisihat-punaisihat yang menggelarkan diri mereka 'tangan-tangan tersembunyi' untuk memanipulasi keputusan pilihanraya kelak dengan pertikaian dan penafian demi penafian.

Anwar tidaklah sepandai mana. Tetapi tukang ajarnya cukup bijak dalam menamatkan ketenteraman negara paling strategik kedudukannya di dunia ini.

1 comment:

  1. Berikut adalah perancang awal bagi menghalalkan huruhara selepas pru 13:
    1. Serangan memburukan berterusan terhadap SPR dan kerajaan.
    2. Demontrasi kotor melanggar undang2 dan mengganas.
    3. Provokasi melampau terhadap Pasukan PDRM dan kerajaan.
    4. Melemparkan tuduhan2 palsu dan melampau terhadap ATM dan PM.
    5. Menghina Institusi Kesultanan dan Raja2 Melayu.
    Awas Melayu dan Air mata selepas PRU !#>

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).