Ada wujud konspirasi Kristian, rasa-rasanya, di kalangan beberapa media utama bahasa Inggeris untuk sengaja menenggelamkan skandal gereja yang ada kaitan dengan Subang Jaya.
Penyelewengan berjuta-juta dolar Singapura oleh paderi Gereja City Harvest membabitkan cawangan Malaysianya yang beralamat di Subang Jaya.
Seorang kaunsilor Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang merupakan Pembantu Khas Hannah Yeoh juga pernah terlibat kegiatan rasminya, iaitu pendaftaran pemilih, yang diadakan di Gereja City Harvest Subang Jaya.
Hannah sendiri memberi sumbangan derma kepada gereja tersebut dengan mengambil daripada dana peruntukan kawasan DUNnya.
Lihat siapa yang berada di atas pentas – berdiri tiga dari kiri – sebaris dengan Reverend Kong Hee, pengasas Gereja City Harvest.
Sudah dua minggu skandal ini meletup di Singapura namun media bahasa Inggeris tempatan – yang mempunyai pembaca beragama Kristian – memilih untuk mendiam sahaja.
Sebab tu byk cerita pasal bukit2 di Penang, Cerita permbahasan antara LGE dan CSL dan kes skandal LGE dan sebagainya. Semua nak cover kes Gereja City Harvest. Surat kabar ingat kita bodoh, kita tau, kita dah politik lama. Kami ikut cerita ni, tak perlu surat kabar nak cover DAP tu terutama, Hannah, Teresa dan gereja2 di Selangor. Kita tunggu dan lihat perkembangan ini.
ReplyDeleteMCA dan DAP sama2 kristian... kristian berusaha menutup isu2 ketempangan beragama mereka... kita berlumba2 mendedahkan ketempangan hidup beragama kita.. dalam segala segi, anutan adalah anutan.. pembawaan itulah yang menentu buruk baik penganut itu.
ReplyDelete