Wednesday, July 18, 2012

Ning Baizura Bakal Duet Dengan Abby Abadi?

Katanyalah. Katanya, Ning Baizura nak masuk PAS. Untunglah Abby Abadi kini bakal berduet dengan Ning dengan lagu dicipta oleh Bob Lokman dalam album terbaru Ustazah Segera. Album diterbitkan oleh Taman Melewar Record antara lain akan menampilkan lagu-lagu hits seperti "Membangun Bersama DAP" , " Jus Tok Guru" dan "Hailerku Milikmu".

Entah betul entah tidak, kita tunggu sahaja andai album ini menjadi nyata. Menurut pengurus mereka, Hairie Othman, mereka mungkin tidak akan mengedarkan album ini di musim haji kerana pilihanraya diramalkan oleh nujum mereka berlaku pada waktu itu. Uniknya,  mendengar nyanyian wanita ke arah keislaman, pidato mereka, dan jerit pekik mereka , dibenarkan dalam Islam versi mereka.


Ehhh biar betul nih: Pelakon, penyanyi bersuara lantang Ning Baizura juga nak sertai PAS?

Pagi-pagi lagi Setiausaha Muslimat PAS Kawasan Batu, Zurina Din mengirim SMS kepada saya. Isunya sama. Macam sudah bertiup kencang dibuatnya. Tetapi saya tak tahu sangat, betul atau tidak. Namun, saya tidak menolak kemungkinannya ada. Zurina bertanya juga, betulkah penyanyi dan pelakon Ning Baizura akan sertai PAS dalam masa terdekat.  
Entah dari mana sumber maklumatnya, tidak saya ketahui. Tetapi cerita Ning Baizura nak masuk PAS ini sudah saya dengari sejak beberapa hari lalu. Kenapa ya? Saya sedang menjejaki melalui beberapa kawan-kawan artis mengenai kesahihan cerita ini. Kemungkinan itu ada. Tidak mustahil perkara ini akan terjadi. Tunggguuuuu!

Ramai yang berpendapat, alangkah baiknya perubahan mereka-mereka artis perempuan ini ke arah Islam adalah tidak bersangkut paut ke arah politik, dan betul-betul Islam sepeti menjaga kelakuan, pakaian (bukan pakai seluar kak kertu oi)  dan paling penting menjaga getar suara di kerongkongnya agar tidak terlontar ke khalayak bukan muhrim. Bukankah itu sesuatu yang kita telah lama nantikan dari seorang muslimah berjaya di negara ini?

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).