Tuesday, July 10, 2012

Penyerang JPM Dibawah Pengaruh Dadah?



Ini petikan dari blog Jaya Negara yang ditembak di JPM semalam.

" Dadah-dadah murah akan muncul. Cuma murah pada yang mampu. Wanita, dadah dan arak melambak dipasaran... Dunia hiburan sebagai hijab menutup ketiga-tiga racun tersebut. Ketiga-tiga racun ini dimamah olehSultan Selangor aka Luncai macam gula-gula. Itu dia Tuhan untuk Ustad Kazim Elias. Shuuut.... taruk jari dimulut. Biarkan... biarkan... biarkan siLuncai terjun labu-labunya. Bukan aku yang kata tapi siKazim Elias. Kalau nak marah..... marahlah siKazim tot tot. "

Ini pula salah satu komentar beliau dalam posting tersebut.

Jaya Negara25 June 2012 05:09 
Hambali, ok la tu. Aku nak suruh Ali ambil kekuatan aku dia tak mampu. Dia tak boleh jadi aku kata dia. 
Aku kenal ramai juga orang dulu masa aku hidup dgn masyarakat manusia. Aku ini boleh menilai manusia cuma sekali lalu aja. Selalunya aku jarang salah dalam menilai biarpun sekali imbas aku lihat insan itu. 
Kau aku dah kenal lama-lama... kau sebagai manusia sudah cukup-cukup baik. Aku nak kau ambil semua kekuatan yang aku ada biar jadi kau lebih baik dari aku. Pidato kau kemaskan lagi. Kita nak menawan Dunia dan aku nak kau ikut aku walaupun terpaksa diseret. Kita tidak sombong tapi kita datang dengan keangkuhan dan kekuatan. Kita datang dengan pakaian pejuang. Kita nak mengegarkan Bumi. Pastinya. 
Apa yang aku tulis pastinya dari Allah. Aku bukan pendusta tapi Aku lelaki yang diberi petunjuk. Aku bukan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.Benar-benar bukan. Fahamkan Hambali. 
Aku Khalil Afandi bin A. Hamid
Salam Jumpa lagi. 
Bye


Ini apa yang teman tulis bulan lepas.


KHAMIS, MEI 31, 2012
Penangan dadah sintetik memasuki era terbaru apabila ia memasuki fasa ketiga dalam penghasilan pemusnah bangsa dan generasi seterusnya dengan membiaknya 'Bath Salts' yang dinamakan sempena garam yang digunakan untuk mandian. 
Di negara ini, bermula dengan gejala pil ecstasy, dan kini penagihan syabu, kemasukan Bath Salts tidak dapat tidak mungkin akan mengambil tempat seperti mana berleluasanya syabu hari ini, yang tidak pernah dikenali para penagih di Semenanjung Malaysia, 20 tahun lalu. 
Bath Salts merangsang halusinasi yang melampau hingga mengakibatkan kejadian terbaru minggu lalu, di mana seorang lelaki muda ditembak mati ketika sedang memakan muka seorang lelaki tua dalam keadaan bogel di pinggir lebuh raya di Miami.


Dan apakah tindakan blogger yang anti-feudal (pro-republik) yang masih menyanjungi Tun M ini ada bersalingkait pula dengan penangkapan blogger paling berani tak bertempat, Pakcik Pencari ? Atau bolehkah tindakan menyerang premis perkhidmatan awam yang menjalankan Urusan Seri Paduka Baginda boleh disabitkan dengan kesalahan melancarkan peperangan ke atas Yang Dipertuan Agong yang diperuntukkan hukuman mati? Jika boleh, sabitkan. Kerana demokrasi negara ini berjalan subur. Tiada sebab ini boleh dihalalkan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).