Monday, July 09, 2012

Petikan debat LGE - CSL



PETALING JAYA: Debat kedua di antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Subang Jaya malam tadi.

Debat dimulakan dengan ucapan pembukaan Lim.

Lim: "MCA tidak layak untuk bercakap mengenai politik di sini kerana bukan MCA yang membuat keputusan tetapi Umno.

"MCA hanya bercakap untuk orang Cina dan mereka yang berasal dari Semanjung Malaysia - bukan Sabah atau Sarawak.

"Ia berbeza dengan DAP, di mana kami mewakili rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.

"Kami adalah rakyat Malaysia. Lihat saja skandal NFC," katanya.

"Siapa yang dapat? Kroni-kroni. Mereka yang rugi adalah rakyat Malaysia.

"Untuk tempoh 50 tahun lalu, dikuasai oleh bangsa dan agama. Untuk 50 tahun akan datang, biarlah kita dikuasai dengan tugas kesejahteraan ekonomi.

"BN tidak pernah bercakap benar kepada rakyat. Biar Pakatan Rakyat bercakap benar dengan anda.

"DAP percaya kerajaan yang telus sentiasa mentadbir dengan baik berbanding kerajaan korup.

"Jika Pulau Pinang berani memeriksa semula aset Ketua Menteri, mengapa Perdana Menteri takut mendedahkan asetnya dan menteri-menteri berkaitan," katanya.

Dr Chua: Sebentar tadi, YAB bertanya mengapa PM tidak mahu berdebat dengan Anwar. Saya ingin katakan di sini, ia tidak berlaku kerana beliau adalah Perdana Menteri.

"Dari 2008 hingga 2011, kemudahan menjalankan perniagaan berbanding pada 2003 hingga 2008. Negara FDI kelima paling digemari di Asia.

"Mereka tidak pernah menabur janji-janji kosong seperti Pakatan Rakyat. Janji sentiasa ditepati. Tiga tahun kebelakangan ini, rakyat mendapat apa yang dijanjikan di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib.

"Anwar penuh retorik, tidak spesifik, penyampaian yang pendek. Beliau perlu meyakinkan kami untuk menterjemahkan retorik ini kepada apa yang kita panggil sebagai penyampaian.

"MCA sentiasa terlibat dengan pembangunan negara sejak awal. Kami merupakan orang yang terlibat dalam perjuangan menentang pemberontakan komunis, penempatan semula orang Cina di perkampungan baru, perjuangan menuntut kemerdekaan, hak kerakyatan selepas merdeka. Oleh sebab itu, individu seperti LGE adalah rakyat di negara ini.

"Kami berkembang, menyokong integrasi bukannya asimilasi. Oleh itu, LGE tidak dipanggil Sukarno Lim.

"Ini semua adalah sejarah. Segalanya adalah sebahagian daripada pembangunan negara. DAP tiada peranan untuk dimainkan.

"Apa yang telah Pakatan Rakyat lakukan kepada kita? Tiada tujuan jelas.

"Lihat kepada empat negeri di bawah Pakatan Rakyat, 95 janji adalah janji-janji kosong.

"Setiap hari bercakap kepada dunia anda memberi beratus dolar kepada golongan tua.

"Dua ratus kepada bayi baru lahir dan mereka mesti menjadi pengundi. Kami memberi 200 kepada bayi yang baru lahir.

"Kerajaan negeri memberi 100, 200 adalah polisi populis. Tidak menangani masalah asas negara.

"DAP hanya mempunyai satu perkara untuk ditunjukkan. Mereka mengutip wang yang banyak daripada rakyat. Walaupun menuntut kebertanggungjawaban, ketelusan - tiada apa-apa yang ditunjukkan. Ketelusan, kebertanggungjawaban, di manakah ia? Ke mana wang yang mereka kutip pergi?

"DAP adalah penyamaran untuk parti cauvinis Cina."

Soalan: Tuan Presiden menyatakan beberapa pencapaian utama MCA, sumbangan kepada pembangunan negara. Ya pada hari ini, kebanyakan pengundi di kawasan bandar menyedari MCA masih belum melakukan sesuatu secukupnya.

Tanggapan bahawa kebanyakan pengundi di bandar tidak menyokong MCA. Apa yang akan anda lakukan untuk mendapat lebih banyak sokongan terhadap MCA.

Dr Chua: Kami menerima kenyataan bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan BN mengamalkan polisi kesamarataan. DAP sentiasa memberitahu masyarakat Cina bahawa mereka dipinggirkan. Kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Cina masih rendah berbanding tiga kaum utama yang lain. Mendapat pekerjaan antara yang tertinggi. Pemilikan hartanah terbesar. Tidak boleh menafikan proses pelaksanaan bahawa ada individu yang mendapat lebih banyak manfaat daripada orang lain.

"DAP cuba menggambarkan ia sebuah parti berbilang kaum tetapi hanya berani bertanding di kawasan Cina.

"Kenapa tidak bertanding di kawasan yang mempunyai penduduk berbilang kaum? Kami adalah sebuah parti mono etnik tetapi sasaran kami jelas.

"Di negara ini, kita perlu mengimbangkan keperluan dan sensitiviti semua negara. Tiada mana-mana bangsa akan berasa gembira.

"Dalam cara yang sama, kita kadang kala berasa memberikan banyak manfaat kepada bumiputera tetapi ada segelintir bumiputera tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Soalan: Kebanyakan rakyat masih melihat DAP sebagai partiberasaskan kaum Cina. Adakah anda parti Cina atau parti berbilang kaum, bagaimana anda akan cuba mendapat lebih banyak sokong di kalangan bangsa lain jika anda parti berbilang kaum.

Lim: Sejak awal lagi kami adalah parti berbilang kaum. Pengerusi kami dari kaum India, kami ada Ahli Parlimen India, Melayu dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada masa lalu. Kami bersikap adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Tidak semua masyarakat Cina boleh memohon taraf penduduk tetap di Australia.

Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia.

Pada masa sama, kami mahu melihat keadilan dan mahu bangsa Melayu turut dibantu.

Mengapa masyarakat Cina yang miskin tidak mendapat biasiswa manakala kaum bumiputera yang kaya mendapat manfaat itu?

Jangan bercakap mengenai DAP membina sebuah tadika. Kami adalah sebuah parti politik yang menentukan masa depan Malaysia.

Kolej TAR adalah contoh jelas kegagalan MCA. Mengapa ia ditubuhkan? Kerana polisi kuota yang tidak adil dimana pelajar layak tidak boleh melanjutkan pengajian ke universiti. Oleh itu anda menubuhkan Kolej TAR.

Jangan kata kami belum membina perumahan kos rendah. Ia sudah dibina. Jangan menipu.

Soalan: Adakah MCA takut dengan Umno, oleh itu mereka tidak berani mempersoalkan dakwaan rasuah? Adakah wujud hubungan sama rata di dalam BN?

Dr Chua: Saya membantah soalan bahawa MCA takut dengan Umno. Soalan itu tidak adil. Saya sentiasa katakan - jika kabinet negeri, exco kerajaan negeri dan kabinet persekutuan, kesemua perbincangan dirakam. Kerajaan perlu mendedahkan pita rakaman itu dan kemudian mereka memahami peranan MCA dalam negara berbilang kaum ini.

Mengapa DAP berdiam diri mengenai dakwaan pemilikan akaun Anwar bernilai RM3 bilion?

Ini adalah parti bersama, biar saya beritahu anda Pakatan Rakyat mendakwa perjuangan mereka sama tetapi sehingga hari ini PAS tidak pernah menyokong Anwar sebagai perdana menteri secara terbuka.

Anda gagal mencapai persetujuan bersama dalam satu parti yang sama.

Soalan: Bagaimana dengan isu sekolah persendirian Cina?

Dr Chua: Saya harap DAP lebih spesifik. Kenapa ia tidak ditulis dengan jelas dan kenapa mereka mahu membina lebih banyak sekolah persendirian Cina? Sekolah persendirian? Yang dikenali sebagai UEC?

Saya ingin bertanya secara terbuka kepada Anwar, adakah anda akan membina lebih banyak sekolah Cina? Sekolah persendirian? Kerana jika ia adalah hanya cadangan daripada DAP, saya tidak akan percaya. Kenapa? Kerana DAP akan berkata ia bukan kerangka polisi dan dipersetujui bersama.

Lim: Kami tidak seperti pemimpin MCA yang masuk penjara kerana menipu wang rakyat.

Apabila kita bercakap mengenai pembinaan sekolah, nilai tindakan yang telah dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. Kami telah memberi tanah, bantuan kewangan setiap tahun.

Jika PR boleh memberinya kepada semua sekolah ini termasuk sekolah persendirian India dan Cina setiap tahun, kenapa BN tidak boleh berbuat demikian? Jangan persoalkan kenapa kita benarkan sekolah persendirian Cina dibuka. Apabila anda bercakap tentang Anwar sekiranya PR menang dan mendapat mandat untuk memerintah beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Soalan: Apa dasar pendikan kebangsaan yang perlu diterapkan untuk melahirkan warganegara yang berdaya saing?

Lim: Kita tidak boleh menfaikan fakta bahawa bakat yang dimiliki oleh manusia adalah penentu masa depan negara. Ia bukan persoalan untuk membina bakat atau kemahiran manusia tapi ia adalah persoalan bagaimana untuk mengekalkan kemahiran atau bakat mereka. Sejak merdeka, kira-kira 2 juta rakyat Malaysia berhijrah ke luar negara kerana mereka melihat tiada masa depan bagi mereka di negara ini.

Mereka lihat tiada kebebasan, integiriti atau keadilan. Sebab itu kita memperjuangkan kebebasan, demokrasi, integriti dan keadilan. Untuk memerangi rasuah bukan sukar, ia terpulang sama ada anda mempunyai kekuatan politik atau tidak.

Tiada undang-undang (untuk memerangi rasuah) di Pulau Pinang namun kita berjaya mencegah rasuah di Pulau Pinang, saya bangga untuk mengatakannya.

Sekiranya kita berjaya mendapat mandat untuk memerintah Malaysia, kita akan laksanakan perkara yang saya di Malaysia. Ini yang menyebabkan ramai orang sangat takut.

Dr Chua: Apabila rakyat mempunyai pelajaran atau mempunyai bakat, mereka akan mempunyai kebebasan ekonomi, mobiliti sosial. Hampir semua negara membangun mempunyai masalah pembangunan sumber manusia.

Ini bukan justifikasi. Apabila saya cakap saya telah melatih 200,00 orang berbakat, Ketua Menteri Pulau Pinang kata ia perkara yang memalukan.

Lihat polisi meritokrasi, jumlah rakyat bukan-Melayi telah meningkat. Tahun lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menaikkan kuota penerima biasiswa bagi semua kaum, 20 peratus adalah bagi golongan yang benar-benar memerlukan, tidak berkemampuan di Sabah dan Sarawak.

Talent Corp adalah satu contoh yang sangat baik melihatnya. Apabila kita melatih pelatih mereka kata ia satu perkara yang memalukan. Sekiranya kita tidak mampu berbuat demikian, mengaku sahaja la. Tidak ada negara akan mampu menyediakan sistem pendidikan yang dimahukan oleh setiap warganegara. -mstar

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).