Membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah dilihat sebagai sama
silapnya dengan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris
menurut sesetengah pihak.
Jika pengajaran matematik dan sains dalam BI itu ada manfaat di
sebalik kekusutan keupayaan, membenarkan pelajar membawa telefon
bimbit dan gajet-gajet adalah tidak memberi manfaat sama sekali.
Ini kerana, jika gajet persendirian diperlukan dalam bantuan
pengajaran pembelajaran, adalah lebih baik instrumen berkaitan tidak
diperkenalkan dalam kelas terlebih dahulu.
Jika internet menjadi alasan, adalah lebih baik menyediakan satu
desktop dan satu pencetak di dalam setiap kelas bagi kegunaan
tersebut.
Adalah sukar mengawal kanak-kanak apatah lagi remaja yang memasuki
usia membentuk peribadi sendiri. Komunikasi seharusnya dibataskan pada
mereka seusia ini kerana mereka perlu diarahkan perhatiannya kepada
proses pembelajaran.
Jika berlaku kecemasan pula, ibu bapa seharusnya tahu nombor pejabat
sekolah anak-anak mereka dan murid pula seharusnya dibenarkan membuat
panggilan secara percuma kepada ibu / bapa/ penjaga selama beberapa tempoh yang patut.
Para guru dan ibu bapa nampaknya jarang yang bersetuju dengan idea ini
dan adalah menghairankan kita atas dasar apa idea ini mahu
dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).