Acu pistol: Pengawal Anwar dibebaskan.
Bacaan lanjut di :Utara News
Polis Melaka sudah membebaskan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan mengacu senjata api ke arah orang ramai pada majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kampung Baru Rim, Jasin, dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata lelaki berusia 37 tahun yang juga ketua pengawal peribadi ketua pembangkang itu dibebaskan jam 9 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini. Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan dan disiasat berhubung lima laporan polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan secara jenayah yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah antara jam 3.30 petang dan 4 petang semalam."Namun dia dibebaskan dengan jaminan polis selepas kami merakam percakapannya dan berpuas hati dengan keterangan yang diberi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu mempunyai lesen senjata api yang sah dan hasil keterangannya mendapati tindakannya itu tidak mengancam sesiapa, sebaliknya hanya menjalankan tugas sebagai pengawal peribadi.Bagaimanapun, Raja Shahrom berkata, polis akan menjalankan siasatan lanjut melalui rakaman video atau gambar yang dirakam orang awam seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan hari ini.
Monday, September 10, 2012
Di Kala Polis Selalu Dipersalahkan
Bukankah mengacu pistol oleh pegawai polis sekalipun terhadap orang awam tak melambangkan ancaman tak bertempat? Apa pula dengan pengawal peribadi yang mempunyai lesen senjata api semata-mata.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).