Pelik tapi benar. Dalam Global Peace Index 2012 , Malaysia menduduki tangga ke 20 negara paling aman di dunia berbanding Singapura yang menduduki tangga ke 23.
Peningkatan itu sebenarnya merupakan satu penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2011 di mana Malaysia menduduki tangga ke 18. Sesetengah pihak menyebut penurunan itu berpunca dari demonstrasi-demonstrasi ganas parti politik yang semakin berleluasa.
Pun begitu adalah sesuatu yang membanggakan jika dalam sudut ini kita mengatasi Singapura kerana dalam beratus-ratus segi lain, Singapura pastinya mengatasi kita.
Bandingan tahun 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 bagi kedua-dua negara adalah seperti berikut. Malaysia 36, 37, 25, 21, 18, 20 manakala Singapura 28, 27, 22, 29, 23, 23 .
Tiada yang lebih bermakna dari sebuah keamanan. Tetapi paling bahaya ialah rasa tidak bersyukur atas keamanan yang dikecapi itu.
Untuk rujukan penuh, kunjungi laman ini : http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/#/2012
ye ke, tapi kat surat khabor ari2 ada orang mati kena bunuh, macam mana orang tu kira ye.
ReplyDeletetu la teman katakan pelik tapi benar...
ReplyDelete