Tuesday, September 18, 2012

Wujudkan Hentian Bas Ekspres Ipoh Selatan


Diberitakan bahawa Terminal Bas Ekspres Meru Raya yang akan menjadi stesen bas ekspres Ipoh yang utama, telah pun siap sepenuhnya. Perpindahan stesen dari Medan Gopeng ke Meru Raya diwawarkan bermula pada Julai 2012 namun tertangguh itu, nampaknya akan mula berlangsung.





Tetapi, ini menyukarkan penduduk-penduduk di selatan bandaraya ini untuk menaiki bas bagi tujuan antara bandar. Andai kata bas ekspres masih lagi keluar melalui Simpang Pulai dan meredah kesesakan Gunung Rapat, Ipoh Garden dan memintas Jalan Kuala Kangsar  untuk ke Meru Raya, tiada gunalah pula stesen bas baru dan moden itu di bina bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Solusi mudah ialah dengan pembinaan hentian jika tidak terminal bas yang baru di kawasan Ampang Baru, atau lebih tepat, selepas Plaza Tol Ipoh Selatan di sekitar jejambat jalanraya Ampang Baru - Tambun.

Dari sinilah pengguna di selatan, tenggara dan timur bandaraya Ipoh boleh turun atau naik bas ekspres yang datang atau bertujuan ke selatan terutamanya Kuala Lumpur.

Perlu diingatkan bahawa saban hujung minggu hampir 10,000 warga Ipoh yang bekerja di Kuala Lumpur akan pulang ke Ipoh pada hari Jumaat sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari Ahad menggunakan pengangkutan awam sehingga pada hari-hari tersebut adakalanya perkhidmatan keretapi elektrik ETS dan bas-bas ekspres sekalipun tidak dapat menampung bilangan penumpang.

Pembinaan hentian bas selatan ini juga boleh dijadikan manfaat sebagai kawasan R & R khusus di kawasan penanaman limau bali dan boleh dijadikan R & R Tambun dan dengan ini juga perkhidmatan bas Perak Transit antara Stesen Keretapi - Hentian Ampang - Meru Raya dan juga sebaliknya boleh juga diwujudkan.

Ini merupakan eksploitasi besar ke atas prasarana jalan bebas tol Ampang - Jelapang yang dibina dengan kos RM250 juta oleh kerajaan pusat yang dilihat bakal turut memberi manfaat kepada penduduk di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan antara lain Ampang, Tambun, Ipoh Garden, Tasek dan Kg. Tawas.





2 comments:

  1. kepadatan penduduk sememangnya terarah di sebelah selatan,boleh di lihat jmlah pembangunan hartanah yg kian memuncak dan berhampiran di kawasan tengah bandaraya ipoh.Namum perancangan pembinaan lebuhraya lingkaran tengah bandaraya ipoh berhubung dgn lebuhraya utara selatan,adalah bertepatan dan dapt meningkatkan nilai ekonomi bandaraya ipoh itu sendiri dgn hab pengangkutan awam bersepadu(terminal bas dan keretapi).Ianya melibatkan kos yg amat tinggi.Yang terbaik mewujudkan bandaraya berkembar yg di pacu oleh pehak swasta dan berhampiran pusat pentakbiran kerajaan negeri.Seperti kl dgn putrajaya,tetapi konsep sebegini lebih hampir dan bersebelahan.

    ReplyDelete
  2. betul.. saya setuju... tetapi sekadar membina hentian kecil rasanya tak ada masalah..

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).