Tuesday, October 02, 2012

Giliran Warga Kota Mogok Enggan Naik Teksi

Berpuluh-puluh topik forum di tripadvisor mengenai Malaysia didedikasikan kepada pemandu teksi Kuala Lumpur yang dicerca kerana memberi imej buruk kepada Malaysia, oleh pelancong asing. Antara lain, perkhidmatan tidak jujur tanpa menggunakan meter.

Apabila kerajaan menyediakan bas percuma kepada pengguna dalam kawasan KL, iaitu jalur ungu dan jalur hijau, mereka, para pemandu teksi yang memberi imej buruk kepada KL, mogok dan menyelar tindakan tersebut.

Akibatnya, ibukota di sekitar Bukit Bintang lumpuh kerana mogok tersebut. Mereka dengan riak menyebut, mereka tidak kisah jika perkhidmatan bas percuma itu ialah untuk rakyat tempatan bukannya pelancong asing.

JELAS SEKALI, PEMANDU TEKSI KUALA LUMPUR, DENGAN BONGKAK DAN SOMBONG MENUNJUKKAN MEREKA TIDAK PERLU PELANGGAN WARGA TEMPATAN. 

Pecahlah lubang tentang agenda pemandu teksi KL yang menjadikan warga tempatan penumpang kelas dua yang tidak diutamakan.

Masanya telah tiba UNTUK RAKYAT MOGOK dan tidak memilih teksi KL sebagai pengangkutan akibat kebiadapan tanggapan pemandu-pemandu teksi mogok ini.






No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).