Memalukan. Tatkala beberapa kerat mahasiswa Melayu bermatian mendesak penghapusan PTPTN , mahasiswa Cina memajukan diri dengan cemerlang di bidang akademik sehingga mendapat pengecualian bayar balik.
Ternyata, jelaslah bahawa para penentang PTPTN itu terdiri dari mereka yang lemah akademik, tiada harapan dalam membentuk masa depan dan mungkin tidak mampu membayar balik pinjaman.
Senang cerita, kalau dah tau lembam dalam pelajaran, pinjam buat apa? Belanja bagai nak rak, dah pinjam bayar la!
PTPTN: Graduan Cina tertinggi
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pelajar berketurunan Cina merupakan kumpulan penerima manfaat terbesar Dasar Pinjaman Boleh Ubah (pengecualian bayaran balik) yang melibatkan sebanyak 13,192 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan jumlah keseluruhan RM375 juta sepanjang 2003 hingga 30 September lalu.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung (gambar) memberitahu, seramai 9,598 orang pelajar Cina atau 72.8 peratus telah mendapat pengecualian bayaran balik dengan jumlah sebanyak RM297 juta.
Katanya lagi, pelajar Melayu dan India masing-masing mendapat pengecualian bayaran balik berjumlah 2,929 orang atau 22.2 peratus (RM58 juta) dan 506 orang atau 3.8 peratus (RM15.7 juta) manakala lain-lain kaum pula seramai 159 orang atau 1.2 peratus (RM3.8 juta).
''Dasar tersebut adalah terpakai kepada semua peminjam PTPTN yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf sama ada di institut pengajian tinggi awam atau swasta.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121109/pa_01/PTPTN-Graduan-Cina-tertinggi#ixzz2BgT751y0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Salam semua orang kita" klik - muslim for progressive value" meragukan ...
ReplyDeleteMasalahnya bila orang makan gaji dan bagi `pay slip` suami isteri pendapatan lebih rm 5000 payah pula nak lulus... tetapi orang meniaga dan kerja sendiri tak da pula masah
ReplyDeletepelajar melayu yang bijak2 kebanyakannya dapat tajaan MARA ngan JPA...
ReplyDelete