Thursday, November 22, 2012

Ustaz Farid Ravi Kritik Kesesatan PAS

Beza antara orang yang dilahirkan Islam dengan orang yang menemui hidayah dan memeluk Islam sangat ketara. Perbezaan sangat ketara itu dilihat pula apabila golongan yang dilahirkan Islam itu bermuka-muka kononnya kuat beragama atas dasar survival politik, dan golongan mendapat hidayah Islam yang akhirnya menjadi seorang yang kuat beragama sebenar-benarnya.

Jelas sekali pemuka-pemuka PAS yang jijik ini patut malu dengan kenyataan Ustaz Ravi.

“Nabi tidak pernah mengajar kita sebagai umatnya bersikap kurang ajar dengan Allah SWT, apatah lagi ketika berdoa untuk memohon sesuatu,”. 

Susulan tindakan ‘Ilmuan Agama’ Pas yang mendoakan kejatuhan sesama umat Islam selain menggunakan bahasa-bahasa kasar ketika berdoa dilihat sebagai sesuatu yang sangat dahsyat oleh beberapa penceramah bebas. 

Bagi mengetahui sendiri apakah relevannya tindakan pemimpin serta penyokong Pas sama ada dari segi hukum mahupun akidah sebagai umat Islam, PerakToday.com telah menemuramah seorang Ilmuan Agama yang juga penceramah bebas iaitu Ustaz Farid Ravi Abdullah. 

Ketika beliau menonton video rakaman doa selepas solat sunat oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat yang berdoa agar UMNO atau BN dijahanamkan, ia ternyata menimbulkan reaksi terkejut kepada penceramah bebas itu. 

Lantas, Ustaz Farid memberitahu sebagai umat Islam, seseorang itu sepatutnya sedar bahawa mereka adalah hamba kepada Allah SWT. 

Justeru, apabila seseorang itu berdoa yakni ingin memohon bantuan, meminta sesuatu atau merayu kepada tuhan maka ia perlulah dilakukan dengan bahasa-bahasa yang indah. 

“Segala permintaan hamba dipanjatkan melalui doa dan doa kalau dalam Bahasa Arab maksudnya meminta, memohon dan boleh juga difahami dengan merayu. 

“Mengenai doa, Allah SWT berfirman: 

‘Serulah Tuhan kamu. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan penuh rendah diri dan juga penuh pengharapan dan takut.’ 

Baca selanjutnya DI SINI

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).