Teman dikhabarkan satu cerita. Tentang insan yang katanya intelek, yang digunakan oleh Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) untuk menyampaikan seminar intelek 4 kali setahun.
Kata kawan teman, majlis ilmu itu menjadi majlis pembodohan oleh si penceramah yang pro pembangkang dalam selindungan yang terang benderang.
Kita setuju, fungsi wakaf di negara ni, sangat buruk. Tetapi, kesedaran itu atas inisiatif siapa? Mengapakah si penceramah tidak habis-habisnya menggambarkan yang kerajaan negara ini seolah-olah gagal dalam membangunkan fungsi wakaf?
Kata si kawan teman, si penceramah, dari UiTM, berpuluh kali membandingkan kehebatan institusi wakaf di Indonesia dan Turki. Sesekali mengagungkan Iran.
Hairanlah dia. Kenapa Malaysia yang masjid merata ceruk kampung, sekolah agama rakyat dan prasarana keagamaan Islam itu dibina oleh kerajaan, perlu disamakan dengan Indonesia dan Turki. Dua negara itu adalah negara yang bangga dengan sekularisme mereka.
Mungkin dia sedar, dia bercakap dengan khalayak yang tak berapa nak reti. Maka selamatlah dia. Kepada yang tahu, sang pemikir kononnya ini, hanya MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI. Termasuklah mereka-mereka dalam JAWHAR yang angguk bagai nak rak dengan kata-katanya.
Di Indonesia, selain 'Masjid Agung' di kota-kota besar, semua masjid yang ada di merata ceruk, TIDAK dibina oleh kerajaan mereka. Mereka perlu menggalang wang sesama penganut Islam untuk membina institusi agama termasuk masjid. Maka sudah tentulah ada tanggungjawab besar menanti orang-orang kaya, pak gabenor, bupati, kepala desa, usahawan-usahawan untuk diperas masyarakat supaya berwakaf. Lalu wakaf-wakaf ini dikendalikan oleh badan-badan serta organisasi agama.
Begitu juga dengan Turki. Turki dengan 90% penduduk Islam, sangat-sangat berbangga dengan sekularisma negaranya. Agama dan pemerintahan perlu diasingkan. Jika anda mengutuk Kamal Attarturk, anda akan dihina dan sampai mati dibuang kawan. Islam dipelihara oleh ahli perniagaan Islam yang menyertai politik, lalu dipaksa penyokongnya yang Islamik untuk berwakaf.
Maka suburlah institusi wakaf di Turki, seperti mana Indonesia.
Amat hairan kerana, si penceramah itu berpuluh kali membuat bandingan mengenai Turki dan Indonesia, dua negara harapan , negara contoh dan negara yang diagungkan oleh Anwar Ibrahim.
YANG MENJADI PERSOALAN, DI SEBALIK MEE YANG TAK BERAPA NAK PANDAI, ADAKAH SI UDANG INI MAHU MALAYSIA BERGANJAK KE NEGARA SEKULAR MUTLAK SEPERTI TURKI DAN INDONESIA DENGAN BERTOPENGKAN KATA-KATA YANG SUNGGUH ISLAMI?
Sungguh halus tiupan politiknya di samping menceritakan keuntungan Petronas, keuntungan Puncak Niaga dan kelembapan Khir Toyo menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor yang hanya tertubuh selepas Pakatan Rakyat memerintah. Namun seminarnya mencelikkan minda kita tentang agenda Pakatan Rakyat berkait sekularisme yang ingin ditegakkan.
Teman tanya kawan teman, apa buktinya dia tu agen pembangkang? Jawabnya " Tengok watermark URL pada gambar-gambar slide Powerpoint dia dah tahu, apa lagi dengan susunan ayat sindiran, perbandingan dan point-point dia"
Teman tanya lagi pada kawan teman, kenapa tak ajukan soalan kepada dia di akhir sesi. Jawabnya " Idak ler aku nak menunjukkan orang tu bodoh di hadapan ratusan orang. Itu bukan cara teman. Teman bukan Pakatan Rakyat punya cara fikir.Biorler dia syok sendiri dengan pak angguk-pak angguk dalam JAWHAR tu."
Mulia nya dia. Kalau teman, siap ler. Kata teman lagi, apa nasihat nak bagi kat dia? Jawabnya mudah, " MOHD AFFENDI MAT RANI, miker pandai. Teman akui. Tapi menggunakan kepandaian miker untuk membodohkan orang-orang yang tak membaca, itu bangsat namanya. MIKER INGAT SEMUA ORANG KERJA GOMEN BODOH?"
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).