Ada pihak yang terlalu ultra. Sehinggakan mengkritik pasukan kebangsaan pun tidak boleh. Tak mengapalah. Tetapi kalau nak mengkritik FAM pun tidak boleh, itu melampau. Ciri-ciri blind faith yang tidak membawa ke mana.
Berbanggakah kita bila naik ranking FIFA sebanyak 5 anak tangga? Dari 163 naik ke 158?
Jadi, Indonesia seharusnya menari-nari lagi apabila dalam kekusutan pentadbiran bolasepak mereka, dalam huru-hara penyokong mereka mengecam, menghentam, menghina pengurusan bolasepak mereka, dalam mereka terpaksa menghantar pasukan paling caca marba untuk bertanding di peringkat antarabangsa, mereka mendaki 9 anak tangga. Dari tangga 165 ke tangga 156.
Kemudian, ada suara yang mengatakan pada teman, naik pun salah. Turun lagi lah salah. Ya. Buat analisis. Kalau pasukan cacamarba pengurusannya boleh naik lebih tinggi, kenaikan kita adalah kerana kita kuat? Atau kerana terlonjak kerana pihak lain yang lemah?
Pun begitu, secara keseluruhannya penilaian ditimbang juga berdasarkan prestasi 4 tahun terakhir. Walaupun Indonesia memiliki mata yang rendah dari kita tahun ini, jumlah mata yang lepas-lepas menyelamatkannya.

Malaysia naik lima anak tangga ranking FIFA
KUALA LUMPUR 19 Dis. - Malaysia melonjak lima anak tangga dalam senarai ranking dunia FIFA walaupun tewas kepada Thailand dengan agregat 3-1 pada saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF.
Malaysia yang sebelum ini menduduki tangga ke-163 dunia kini menghuni tangga ke-158.
Bagaimanapun, Malaysia kekal ditangga keenam di peringkat negara-negara Asia Tenggara di belakang Vietnam (131), Thailand (136), Filipina (147), Singapura (154) dan Indonesia (156).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121219/su_13/Malaysia-naik-lima-anak-tangga-ranking-FIFA#ixzz2FWicujDP
© Utusan Melayu (M) Bhd
dah malas nak komen...naek muak..
ReplyDeleteTak faham... knp Indon yg kalah byk kali dgn Malaysia dan dah lama tak menang apa2 piala besar dlm ASEAN dan ASIA boleh diletakkan 2 tangga lebih baik dari Malaysia?
ReplyDeleteRanking tak penting- FAM
ReplyDeletePalestin lebih bagus?
hahahahahahhaha