Sunday, December 02, 2012

PAU2012 Tamat - Menuju PRU13 - Mulakanlah Kerja

Perhimpunan Agung UMNO 2012 telahpun dikira selesai. Seruan-seruan menjurus kepada usaha memenangkan Barisan Nasional telahpun disuarakan. Lalu apa tindakan seterusnya? Ya, masa untuk berada lebih hampir kepada rakyat, walaupun rasanya telah cukup hampir selama ini.

Kepada wakil rakyat teman, YB Menteri Kewangan Kedua, tingkatkanlah jengukan ke kawasan-kawasan yang mendapat jolokan 'deposit tetap' Barisan Nasional di kawasan anda.  Kuat ahli parlimennya menerima sokongan, merasalah tempiasnya kepada ADUN yang terangkum dibawahnya.

Mengangkat politik baru bukanlah melalui kata-kata kerana bukan semua pengundi itu matang dalam menilai kata-kata. Bagi teman, politik baru ialah politik bersua muka dan kehampiran wakil rakyat di sisi masyarakatnya.

Teman angkat kopiah dengan wakil rakyat teman menandakan teman mengiktiraf yang yang berhormat - yang berhormat ini memang membuat kerja. Namun, anasir jahat yang dihembus oleh pihak-pihak yang tercela itu adakalanya temakan jua dek rakyat hanya kerana mereka menunjukkan muka.

Apatah lagi yang menunjukkan muka itu ramah pula bermain kata-kata. Anwar Ibrahim sampai buat kali pertama ke tempat teman, walaupun Menteri Kewangan Kedua telah berpuluh-puluh kali tiba. Anwar Ibrahim tidak pernah memberikan apa-apa manfaat kepada kawasan teman, berbanding banyak manfaat yang telah dicurahkan oleh Menteri Kewangan Kedua - bukan tempat teman sahaja, malah ke seluruh negara.

Namun rakusnya Anwar Ibrahim dalam memperkosa minda masyarakat adalah senjata ampuhnya sejak sekian lama. Apa yang pasti, teman berada di belakang Menteri Kewangan Kedua. Namun, jika sang menteri sedikit leka, masyarakat yang 'vulnerable' tentu akan alpa. Bergeraklah sekarang. 

Contohi bagaimana Joko Widodo yang menjadi Gabenor Jakarta melalui sanjungan yang tiba-tiba.  Masuk hari ke 48 menjadi Gabenor, dia terus dipuja. Contohilah dia. Tak ada ruginya.


KUALA LUMPUR - Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berjaya menarik perhatian perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka dengan tayangan klip video pada sesi pergulungan di Perhimpunan Agung Umno ke-66.


Husni berkata, beliau cukup berbesar hati kerana diberi peluang berucap setelah 15 tahun tidak mempunyai kesempatan seperti itu.


Husni, yang juga Menteri Kewangan Kedua memulakan ucapannya dengan tayangan klip video Presiden Umno, Datuk Seri Najib yang tekun bekerja dengan diiringi lagu Stand By Me.

"Kita sentiasa berdiri teguh dengan Datuk Seri Najib untuk memperkasakan negara. Berkat kesetian kita akan menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)," katanya penuh yakin.

Tayangan klip video kedua berkisar kasih sayang seorang bapa memperjuangkan nasib anaknya yang cacat.

Menurutnya, klip video itu bertujuan mengingatkan ahli Umno untuk memperkukuhkan kepimpinan di semua peringkat kerana rakyat menganggap Umno sebagai ibu dan bapa yang akan melindungi mereka.

Perkara kedua yang ditekankan oleh Husni adalah memperkukuhkan jati diri ahli. Beliau menayangkan klip video motivator kurang upaya Nicholas sebagai selingan ucapannya.

Mengakhiri ucapannya, Husni mengingatkan ahli dan kepimpinan Umno untuk dengan klip video berkisar usaha parti memperkukuhkan barisan agar menjadi 1Umno, 1Barisan Nasional dan 1Matlamat.



No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).