Tuesday, January 10, 2012

Perjalanan 'Hidayah' Azwan Ali

SEPTEMBER 2010




Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT , dengan izinNya Azwan Ali kini sedang menikmati keindahan nikmat nikmat Allah SWT dalam perjalanan umrah yg begitu mengasyikkan . Tidak tergambar dengan kata kata bila Azwan Ali diizinNya menunaikan 9 kali umrah tanpa sebarang dugaan besar. Amin dan terima kasih atas doa semua .

Terlalu banyak hidayah yg Allah SWT limpahkan buat Azwan Ali dan dengan rasminya diumumkan Azwan Ali kini bersara ! Bersara dari penulisan blog ini berkuatkuasa serta merta . Apa juga reaksi , Azwan Ali redha dan pasrah dan percaya Allah SWT punya hikmah hikmahNya.

2 tahun beroperasi , terlalu banyak suka duka yang Azwan Ali lalui. Semuanya indah belaka sekalipun blog ini telah dicemuh hebat segelintir pihak. Azwan Ali mohon maaf dan pada waktu yg sama telah lama memaafkan sesiapa jugak yang terus menghina ! Biarlah Allah SWT juga yang membalas nya . Sumber: Si Laser Azwan Ali


SEPTEMBER 2011



Dalam pada bergurau, Azwan ada berseloroh dengan Anwar kononnya HUDUD tidak boleh dilaksana di Malaysia – sebab akan menyusahkan orang seperti dia. Bila Azwan bertanya dengan Anwar, ‘Betul atau tidak Dato’ Seri?’….Anwar hanya tersenyum sipu dan malu. Kesian Anwar, dengan selamba sahaja dimalukan oleh Azwan Ali. Anwar yang terlampau seronok jumpa Azwan Ali, pakai baju pun senget sebelah….Sumber : Gelagat Anwar


JANUARI 2012



Kenyataan Saiful Bukhari Azlan 09.01.2012

Monday, January 9, 2012

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, keputusan pada hari ini tidak memihak pada saya.

Namun, saya redha dan menghormati keputusan ini. Saya menerimanya dengan hati yang tenang.

Walaubagaimanapun, aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28hb Jun 2008 mempuyai Hak untuk di adili hingga ke peringkat Mahkamah atasan. Oleh itu, Saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwaraya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.

Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia. Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak, yang saya ketahui atau yang tidak saya ketahui yang menyokong dan mendoakan saya selama ini.

Saya akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali saya akan mengalah.

Jika tidak dunia, di Masyar PASTI.

"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri,
dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Kepada Allah saya berserah.

Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi

SAIFUL BUKHARI AZLAN