Khamis, Januari 17, 2013

Meninggal Dunia Dalam Majlis Caci Maki PAS

Gejolak nafsu pemimpin PAS dalam menyampaikan cerita-cerita fitnah menghasut telah mematikan rasa kemanusiaan yang ada pada mereka.  Contohnya apa yang berlaku di Pengkalan Pegoh, Ipoh pada 15 Januari ketika berlangsung ceramah caci maki PAS.
Sepanjang peristiwa yang menyayat hati ini sejujurnya teman agak terkilan kerana dalam masa yang begitu panjang lebih kurang sejam lebih dari  arwah tumbang cuba ditenangkan oleh petugas, mengajar sebutan Allah ditelinga arwah, meninggal  dunia, ketibaan ambulan dan seterusnya ketibaan kereta POLIS yang datang mengambil mayat yang telah disahkan meninggal dunia oleh unit kecemasan Ambulan.. 
Apa yang teman kesalkan sepatutnya terus berhentikan ceramah tersebut, bagi menghormati kematian salah seorang penyokong PAS sendiri di tapak ceramah itu yang hanya bejarak 40-50 m jer pun. sekalipun keadaan yang kelam kabut dijadikan alasan, sepetutnya petugas sudah boleh terus maklumkan kepada penceramah yang tengah melalak mencacai UMNO dan BN bagai tidak ada pa yang terjadi... 
Agak berat untuk teman menerima alasan seperti itu kerana dengan jelas kita boleh nampak kumpulan manusia yang berkerumun menyaksikan peristiwa tersebut, malah kehadiran ambulan dan Polis cukup disedari.  Bacaan lanjut di SINI


Sungguh jelik sikap penganjur ceramah dan sikap pemaki hamun PAS yang tidak langsung mempedulikan nasib mangsa yang merupakan orang mereka juga. 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah perkatan terakhir yg didengarnya kalimah Allah atau cacian dan maki hamun pemimpin pas? Semoga Allah merahmati rohya.