Tuesday, February 05, 2013

Azwan Ali Nak Lawan PM Najib Di Parlimen Pekan?

Kesian makhluk propa yang satu ini. Dek kemaruk berpolitik, dengan senang hati dia berancangan untuk menandingi PM Najib di Parlimen Pekan pada PRU 13.

Kononnya jika bertanding, dia akan bertanding atas tiket BEBAS.

Kenapa tak pakai tiket besar Puaka Kencing Rakyat milik bersama abang kesayangannya? Mungkin sebab kerusi lawan parlimen tersebut diketahui milik PAS.

Kita boleh menerima sesiapa sahaja untuk bertanding di pilihanraya berdasarkan parti apa sahaja. 

Tetapi untuk menerima dubuk tua yang bermulut durjana, itu adalah langkah terkebelakang dalam pembinaan sahsiah yang wajar untuk anak bangsa.

Semoga Azwan Ali benar-benar bertanding di Parlimen Pekan. Kerana seluas-luas Sungai Pahang, luas lagi tembok yang tersergam melapisi kulit mukanya.


Sebelum itu, figura tak bermoral ini mengutuk Adibah Noor yang telah menjadi penyampai radio di Suria FM dan membalas tweet rendah diri Adibah yang menyatakan dirinya belum layak bergelar DJ melainkan hanyalah penyampai radio. Ini memanaskan hati sang dubuk tua yang mengaku-ngaku dirinya DJ dengan nama DJ Gedik di sebuah saluran radio internet sendu, KL Pop Radio.




No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).