Hari ini, genap 5 tahun berlalu setelah berlaku gerakan protes 'undi pembangkang' yang berakhir dengan sesuatu yang tidak disangkakan oleh para pemprotes. Pada hari tersebut, ratusan ribu pengundi atas pagar, malah berapa ribu pula penyokong Tun Mahathir, bertindak mengundi pembangkang atas protes terhadap kepimpinan Pak Lah dan KJ atas kemelut mereka yang dinilai biadap terhadap susuk yang dianggap negarawan ulung tersebut.
Hakikatnya, undi-undi protes ini telah menyebabkan Barisan Alternatif pada ketika itu menang besar walaupun ketiga-tiga parti ini membawa manifesto berbeza. Tidak sampai dua bulan selepas pilihanraya tersebut, para pengundi pembangkang dikejutkan pula dengan satu lagi persetubuhan luar kerelaan mereka, penubuhan Pakatan Rakyat.
Mulai hari itu, segalanya berubah. Kekesalan para pengundi protes tidak berguna lagi. Kecelikan terhadap kuasa politik mulai menjalar di setiap mata kepala sehingga mereka semakin hari semakin lara menanggung kesal. Perak di 'obrak-abrik'. Pulau Pinang seperti berada di Asia Timur. Selangor meniti graf turun dari kemakmuran sebagai negeri paling awal maju.
Penentangan-penentangan mula kedengaran. Tidak sampai tiga bulan selepas tarikh malang tersebut, gerakan membela semula pemerintah yang kehilangan majoriti dua pertiga diperhebat. Blog-blog pro-pemerintah semakin bercambah. Malah beberapa blog yang cenderung mengkritik kerajaan mula sedar bahawa mereka terlalu lantang dan akhirnya mereka melunakkan kritikan dan secara keseluruhannya mula menyokong kerajaan setelah kepimpinan bertukar.
Ketika pemerintah semakin apologetik, semakin merakyat dan semakin memasang telinga kepada keluhan-keluhan rakyat, pihak pembangkang yang menjadi 'red indian dapat senapang' semakin hari semakin mendabik dada. Nama rakyat dipakai sesuka hati. Undi-undi protes yang menjadi nyawa mereka semasa pilihanraya umum yang lalu membuatkan mereka mabuk.
Kesan dari kekuasaan mereka, iklim politik semakin berubah. Dengan bantuan media sosial yang semakin dijadikan pentas berpolitik, anak-anak seawal usia 17 tahun juga sudah pandai bercakap soal politik sewenangnya tanpa apa-apa bacaan rujukan walaupun kelayakan mengundinya entahkan sampai entahkan tidak.
Rakyat semakin melangkah ke belakang. Celik isu berdasarkan rujukan pelbagai tidak lagi perlu. Ramai yang menjadi burung kakatua yang akan mengulangi apa yang mereka dengar, apa yang mereka baca. Penilaian dari sudut yang lebih luas tidak lagi popular. Mereka memilih sudut sempit, terpuruk berlandaskan benci yang diperturunkan dari ibu bapa masing-masing yang ada diantaranya dikecewakan dengan kegagalan untuk meraih kerja-kerja dengan pihak pemerintah kerana tidak kompeten.
Namun, di sebalik kehodohan masyarakat sekelompok itu, wujud masyarakat pada sudut yang lebih besar, semakin selesa dan semakin menyokong pemerintah. Kedekatan pemerintah terhadap mereka menjadikan mereka lebih pro-pemerintah dari orang yang berpuluh kali pilihanraya setia memangkah pemerintah. Perkembangan sihat ini jarang dilihat memandangkan golongan ini lebih memilih untuk tidak bercakap mengenai politik kerana tebalnya kebencian terhadap sifat bermuka-muka golongan yang berpolitik tiada henti.
Akhir kata, dengan kesedaran atas kuasa politik yang dihakis oleh kesilapan lalu, tidak mungkin lagi orang yang berakal hari ini (lupakan masa lalu), untuk mengundi pembangkang, menyeru sabotaj dan sebagainya bagi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap pemerintah. Untunglah pemerintah faham dengan undi sabotaj ini walaupun mengambil masa satu tahun untuk Pak Lah meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana menantikan pemilihan partinya.
Juga, tidak ada sebab untuk Pilihanraya Umum ke 13 ditangguh-tangguhkan lagi. Gema sokongan telah memuncak di dunia yang tidak dilihat oleh pembangkang. Jerat pro-pembangkang di media sosial, adalah sama entiti jerat himpunan-himpunan pro-pembangkang yang berjumlah tidak sampai 5% dari keseluruhan 4 juta pengundi mereka pada pilihanraya yang lalu pasti memberi tamparan hebat kepada mereka. Mana 95% lagi?
Mereka lupa. Mereka mabuk dengan undi protes. Masa untuk memprotes mereka semakin tiba. Ramai bersedia untuk mengajar pembangkang sombong ini dengan rasa teruja. Mereka hanya mengira umat yang berkata-kata. Silapnya mereka, umat yang diam itulah penentu kuasa.
Pushing sekeliling cerita. Nampak sangat, ler.Ingat semua orang tahap pemikiran bodoh ke?
ReplyDeletesalam. laman AIDC kena hack jam 9 malam, 10 Mac. Kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa sehari dua sebelum dapat beroperasi seperti biasa.
ReplyDeletehttp://mindaaidc.wordpress.com/2013/03/10/aidc-kena-hack-sebab-dedah-bukti-pertemuan-anwar-misuari/
Editor AIDC