Wednesday, March 20, 2013

Anwar Ibrahim Bertanding Di Gopeng ?

Setelah Kit Siang lari dari Ipoh Timur membawa rekod buruk perkhidmatannya selama dua penggal di sana, kini Ipoh Timur menjadi rebutan antara Nga dan Ngeh, dua bersaudara yang pernah membonekan PAS satu ketika dahulu melalui Nizar Jamaluddin.

Tetapi, boleh jadi, kejutan akan berlaku. Tiada siapa tahu. Oleh kerana skandal yang membuatkan orang Melayu semakin menyampah dengannya, adakah Anwar Ibrahim akan cuba bertanding di Ipoh Timor? 

Teman lebih yakin kalau Anwar akan bertanding di Parlimen Gopeng jika dia mahu ke Perak. Parlimen yang turut merangkumi pinggiran bandaraya Ipoh itu mempunyai bilangan pengundi Melayu dan Cina yang sama banyak, dimenangi oleh  wakil PKR , Lee Boon Chye pada tahun 2008. Statistik terkini menunjukkan Parlimen tersebut merupakan kawasan parlimen paling tinggi bilangan pemilih di negeri Perak dengan jumlah kira-kira 96,000 orang pemilih.

Ipoh Timor mempunyai lebih 83,000 pengundi dengan statistik 2008 menunjukkan kira-kira 80% dari pemilih di dalam kawasan tersebut adalah  berbangsa Cina.


Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor. Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu.

"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi.

3 comments:

  1. nuar tanding di sabah pasti menang sbb org sulu sokong beliau kot

    ReplyDelete
  2. Tapah - dia ingat manyak orang India sokong dia, dgn cara dia belit, mmg dia ada darah India wakakakakaka

    ReplyDelete
  3. konfirm tapah ke? wah.. pantas miker yer.. nak ke org asli undi dia.. ?

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).