Beberapa rakan teman mengideakan agar setiap pengundi yang memangkah BN, menangkap gambar kertas undi yang di pangkah secara sembunyi-sembunyi sebelum melipat dan memasukkan ke dalam peti undi. Kemudian sebarkan ke media sosial. Ini bagi dijadikan bukti rakyat teguh menyokong BN bukan atas alasan suka-suka.
Tapi teman tak rasa SPR membenarkannya.
Ramai pihak mentafsirkan bahawa pihak pembangkang sebenarnya menunggu kekalahan mereka bagi mencetus kacau bilau dan bagi memulakan 'kebangkitan Arab' yang sehingga hari ini, mereka-mereka yang 'bangkit' di sana, berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi yang buruk. Makan pun susah.
Pembangkang nampaknya meletakkan pengundi dalam keadaan terugut. Menangkan mereka atau berhadapan dengan kacau bilau sebagai hukuman. Kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.
Taktik keji ini dapat dilihat dari matlamat perjuangan sebilangan individu macai yang menganut fahaman demonstrasi yang ekstrim.
SEDANGKAN JIKA PAKATAN RAKYAT MEMENANGI PRU13 SEKALIPUN, ADAKAH PEPERANGAN PUAK ISLAMIS DAN PUAK SEKULAR LIBERAL TIDAK AKAN MENIMBULKAN KACAU BILAU? TIDAKKAH JADAH-JADAH KEMARUK KUASA AKAN BERTEMPUR SESAMA MEREK ADALAM MENJARAH PERBENDAHARAAN NEGARA?
SHAH ALAM: Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendalangi rusuhan dan tunjuk perasaan jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mantan Menteri Kewangan itu berkata Anwar sudah pun menguar-uarkan kepada dunia bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan baru "walaupun beliau sendiri tahu (Pakatan) tidak akan menang."
Jika kalah, Anwar "akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring di sini (dengan) menghasut rakyat (untuk) merusuh di jalanan bagi mendapatkan balik undi mereka," kata Daim.
"Ini akan menimbulkan huru hara. (Tetapi) beliau tidak peduli kerana cita-citanya (menjadi Perdana Menteri) mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka berada di pihak sama," tambah Daim.
Daim dilihat sebagai menteri kewangan yang paling berpengalaman di dalam Kabinet Tun Mahathir Mohamad sebelum bersara daripada politik untuk menceburi semula bidang perniagaan.
Daim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang terlalu taksub untuk memegang kuasa.
"Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara," kata beliau.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).