Saturday, March 16, 2013

Karpal Singh Mahu Kerajaan Henti Bayar Sultan Sulu Dan Mengutuk Penghina Pasukan Keselamatan

Karpal Singh menggesa Peguam Negara, Abdul Gani Patail, yang juga merupakan rakyat Sabah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu untuk menghentikan pembayaran wang penyerahan Sabah ke atas waris Sultan Sulu demi kepentingan rakyat Sabah.

Dia berkata bahawa bayaran tersebut adalah hasil perintah Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada 1938 dan baginya adalah merepek untuk kerajaan Malaysia terus membayar kepada waris Kesultanan Sulu setelah Sabah merdeka dan menubuhka Malaysia pada tahun 1963. Bahkan Filipina sendiri mengakui kedaulatan Sabah-Malaysia dengan membuka Kedutaan di negara ini.

Katanya lagi, bayaran tersebut adalah berbeza dengan royalti tahunan yang sedang di bayar Pulau Pinang kepada Kedah kerana kedua-duanya berada dalam negara Malaysia yang berdaulat. Katanya lagi walaupun pembayaran dibuat selama 131 tahun, tidak bermakna kes tidak boleh dibuka untuk menghentikan pembayaran tersebut.

Dia juga menyatakan bahawa DAP menentang keras mana-mana pihak yang mencaci pasukan keselamatan dan sentiasa berdiri teguh dengan seluruh rakyat dalam menentang pencerobohan ke atas negara berdaulat ini. “DAP bersatu menentang pencerobohan ini. Pengorbanan pasukan keselamatan kita mestilah dihormati, dihargai dan disanjungi oleh seluruh rakyat Malaysia. Adalah salah untuk menghina peranan pasukan bersenjata kita.” katanya.



Karpal: Stop payments to Sulus

Athi Shankar
 | March 16, 2013

GEORGE TOWN: The DAP has urged the Attorney General Abdul Gani Patail to obtain a High Court order in Kota Kinabalu to discontinue Malaysia’s cessation payment to heirs of Sultan Sulu over Sabah.
Chairman Karpal Singh called on Gani, who hails from Sabah, to spring to action immediately and file the necessary application as public interests demanded him to do so.
Senior parliamentarian Karpal noted that the cessation payment was on the authority of a 1938 order by then High Court of North Borneo.
The order allowed a petition of nine Sulu heirs to receive and share among themselves RM5,000, or now RM5,300, as annual payment.
The 1938 order actually has reinforced the payment that commenced very much earlier when the British took over Sabah.

Bacaan lanjut di SINI

6 comments:

  1. whatever lah Karpal... sat sokong polis, sat menyampah kat polis... macam lalang

    ReplyDelete
  2. biasa la bro.. bila tgk org Cina ramai sokong kerajaan dan anggota keselamatan.. menggelabah biawak pasir la dorang

    ReplyDelete
  3. Betul tuan. Karpal dah start main wayang...

    ReplyDelete
  4. Bagi aku Karpal adalah yang paling "konsisten" dalam setiap tindak tanduk beliau kalau nak dibandingkan dengan lain lain pemimpin pembangkang. Bukan setakat itu bahkan Karpal juga adalah orang yang paling "bersih" dari sebarang skandal kalau nak dibandingkan dengan lain lain ahli politik samada dari BN maupun PR - suka atau tidak ,ini pandangan aku

    ReplyDelete
  5. Karpal ni kalau masuk side BN kan bagus. Tapi dalam DAP keluarga Lim yang dominant sepertimana di Singapura yang dikuasai oleh keluarga Lee.

    Karpal ni dah banyak kali menyakiti hati orang Melayu. Jadi pada aku let him live and leave in peace. Bala yang muda pun dah jalan dulu. Everybody`s time will come. Sooner or later.

    ReplyDelete
  6. betul tu betul.. sebab tu 'amarah' terhadap karpal sangat kurang selain kes lawan Sultan Perak 4 tahun lepas. dan sebab tu teman tulis artikel ni dengan kadar yang lembut..

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).