Jelas, demonstrasi yang sebelum ini dicegah dari menguasai jalan raya dan stadium oleh pemimpin yang anti konspirasi mata sebelah, hari ini telah membina sebuah generasi yang pada majoritinya, amat membenci demonstrasi yang dipertunjukkan sesetengah pihak yang angkuh demi kuasa.
Persepsi umum jelas berpendapat jika mereka berjaya menghimpunkan 3 juta hingga tiada tersisa lagi penyokong mereka di mana-mana, semakin tetap lah ia menjana kebencian 10 juta lagi pengundi di Malaysia ke atas sikap kacau ganggu mereka ke atas aktiviti hidup dan denyut nadi perekonomian.
Bukan itu sahaja. Kelewatan temujanji perniagaan, kesukaran mendapatkan teksi dan bas. Sekatan-sekatan jalan, memporak perandakan tarikh yang mencetus kesesakan yang menyusahkan kes-kes kecemasan dan menggendalakan majlis penting pihak lain, menjadi bualan dalam senyap dan merebak lebih pantas dari angin.
Padahal, sekiranya ekonomi terbantut, yang kebulur tentulah Melayu kerana simpanan wang yang sangat sedikit. Nafsu kuasa bentak terjah dan bantah inilah yang sebenarnya kelak menyusahkan orang Melayu sendiri kerana tanah air Malaya seluas 125,000 km persegi ini tetap dihuni hampir 40% bukan Melayu termasuk mata-mata sebelah sana.
Ternyata, kita juga kagum dengan beransurnya segelombang besar pemikir tulen dari kalangan rakyat dan cendikiawan termasuk putra putri negara yang beramai-ramai duduk menyebelahi kerajaan walaupun sekadar untuk pilihanraya sahaja kerana masa untuk menzahirkan kebencian ke atas Pakatan Rakyat yang bongkak dan penuh tipu daya itu bagi mereka telah tiba.
Pilihanraya berlalu, keadaan kembali seperti sediakala. Itu harapan mereka. Mereka mempunyai otak untuk berfikir tentang bala apakah yang akan tiba andai Pakatan Rakyat menang apabila perang agamawan dan sekularis mengambil tempat.
Pakatan Rakyat semakin terdesak untuk memanggil kembali pihak-pihak yang sangat teruja ketika mereka mendirikan kerajaan di beberapa negeri hasil dari meraup untung melalui undi protes penyokong kerajaan sendiri. Pihak-pihak ini kini enggan lagi mengundi pakatan pembangkang malah mungkin sahaja kali ini tidak akan memberi peluang Pakatan Rakyat merogol undi-undi protes tersebut demi menghasilkan pandangan bahawa mereka itu popular.
Paling cemerlang ialah dorongan dan sokongan oleh masyarakat yang tidak berparti supaya kerajaan BN patut dikekalkan dalam keterpaksaan. Darurat. Preventive measure.
Institusi pembangkang negara ini berubah serta merta dari bangkangan semak dan imbang bereputasi kepada bangkangan melulu berlaukkan fitnah.
Ini bukan Islam. Organisasi sekular tulen tidak akan menerima agama.
Tetapi jika mereka mahu Islam ditiadakan dalam pemerintahan atas nama sekularisme, mengapa Kristian yang dilebihkan mereka? Pun orang Melayu jenis pembangkang melulu mengatakan itu betul.
Islam tidak akan dapat diterap dikalangan Pakatan Rakyat melainkan semua agama disamaratakan dan sebuah ala-pancasila ditegakkan. Selamat datang ke Negara Salihara.
Umum dapat melihat. Macai tidak dapat melihat.
http://youtu.be/mnTBPixWPD8
ReplyDelete