Saturday, March 02, 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Anwar Cemas Bukti Pembabitannya Semakin Jelas



Jika perlakuan demikian dibuat ke negara yang tahap toleransi ketenteraannya rendah seperti Amerika Syarikat, Perancis, China dan lain-lain, kelompok ini mungkin mati dalam tempoh 24 jam jika enggan menyerah dan diserang habis-habisan.

Tempoh yang diberikan dari 11 Februari sehingga 28 Februari adalah cukup lama. Cukup masa untuk mereka merangka strategi, memasang perangkap dan melakukan persiapan rapi dengan peralatan senjata yang dibiaya Kiram III.

Usaha memujuk bagi mereka menyerah diri sehingga 3 minggu merupakan langkah diplomasi yang keterlaluan dan ada pihak merasakan negara ini agak pondan. 

Namun terfikirkah kita akan hakikat perkaitan Anwar Ibrahim dalam agenda ini? Dia dikatakan terbabit bertemu dengan puak yang menyokong Jamalul Kiram III dan secara tidak langsung dilihat cuba membantu pihak ini untuk menggulingkan Ismail Kiram II.

Keterpaksaan Anwar dalam hal ini terlihat jelas setelah dia nampaknya terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan di Sabah dari kaum Bajau Suluk. Ini berlaku sejurus selepas dia dikritik hebat oleh segenap masyarakat Kadazandusun-Murud kerana penabalan dirinya sewenangnya akan gelaran tertinggi kaum tersebut, Huguan Siou tanpa adab.

Dia dilihat terlalu bodoh kerana tidak mengerti budaya mereka, asal langgar ikut suka dan kemaruk kuasa yang kronik. Oleh kerana kaum Kadazandusun Murud merupakan 19% dari penduduk Sabah, pemimpin kemaruk ini cuma mencari jalan untuk menguasai kaum Suluk yang berjumlah 20% sedangkan kaum Suluk sendiri mempunyai wakil kuat dalam kerajaan seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shapie Apdal dan secara institusi beraja tidak rasmi iaitu Sultan Ismail Kiram II.

Anwar  jelas dilihat mahu 'menabal' Kiram III dan menggulingkan Kiram II untuk menjadikan Kiram III sebagai pemimpin pro-Anwar di kalangan masyarakat Sulu di Sabah.

Kiram III juga dilaporkan akrab dengan Joseph Estrada, bekas Presiden Filipina yang kini dihukum penjara kerana rasuah. Siapa tidak tahu pula hubungan Estrada dan Anwar? Sila flashback sendiri.

Siapa kata Anwar tidak boleh diragui memainkan peranan mula dalam hal ini apabila kerajaan Filipina sendiri mendakwa macai bersenjata Jamalul Kiram III ini masuk setelah dijemput oleh pemimpin pembangkang Malaysia?

Dan kini macai-macai Anwar , Bapa Pengkhianat Negara di dalam negara ini menuduh ini konspirasi UMNO sehingga dikecam hebat di laman sosial sehingga memungkinkan mereka kalah dalam pilihanraya yang semakin hampir.

Adakah tindakan bodoh mereka oleh tangan sediri dengan menjerut leher sendiri itu salah UMNO? Maka merekalah kelompok paling bodoh dalam negara ini.



.






No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).