Tuesday, March 26, 2013

Pendapat Menarik Soal Pembubaran Parlimen



Kecoh di pihak sana soal parlimen yang masih belum dibubarkan.

Memang pembubaran parlimen merupakan sesuatu yag ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Ini kerana amalan menunggu parlimen bubar sendiri belum lagi diamalkan.

Namun terdetik di kalangan beberapa ahli fikir tak sekolah tinggi mana sangat pun.

Kata mereka, jika kita masuk kerja jam 8.30 dan tamat jam 5.30, memang kita boleh balik awal jam 4 lebih jika bos izinkan. Ia dibenarkan, tetapi kalau tiap-tiap hari macam tu, walaupun bos benarkan, ADAKAH ITU SESUATU YANG BERETIKA?

Benarlah juga dikatakan mereka bahawa jika anda digaji untuk bekerja 8.30 hingga 5.30 , begitulah juga pemerintah digaji dengan mandat 5 tahun.

Mandat bermula pada hari selepas angkat sumpah. Bukan selepas pilihanraya.

Perumpamaannya, gaji dibayar dari tarikh lapor diri. Bukan dari tarikh hari surat tawaran dikeluarkan.

Nampaknya pemikir setakat sekolah menengah lebih bijak dari yang berkelulusan universiti luar negara dan menang berbagai anugerah akademik.


2 comments:

  1. hahaha.....bagus betul.....!

    ReplyDelete
  2. nk claim overtime la tu...x kan x cukup lg membalun or kurang masyuuukkk...

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).