Monday, March 04, 2013

Tambun Perlu Pertahan Husni


Malaysia Lepasi Perangkap Ekonomi - Husni

Malaysia mula keluar dari perangkap ekonomi pendapatan sederhana terutama sejak Program Transformasi Ekonomi (ETP) diperkenalkan pada 2010 yang antara lain memperlihatkan peningkatan jumlah pelaburan yang tinggi.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata sebelum ini, jumlah pelaburan bertambah pada lingkungan 6.7 peratus setahun, namun pada 2011, peningkatan sebanyak 12.2 peratus dicatat dan pada 2012 pula meningkat sebanyak 22 peratus.


“Maknanya kita sudah mula keluar daripada ‘middle-income economy trap’ (perangkap ekonomi pendapatan sederhana). Trap bermakna pelaburan kita 6.7 peratus sekarang sudah 12-22 peratus,” kata beliau pada majlis Sambutan Hari Hasil ke-17 dan Pelancaran Hasil 4U di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.

Ahmad Husni berkata Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita kini berada pada tahap US$10,075, berbanding sasaran yang ditetapkan untuk 2012 iaitu USD8,960.

Beliau berkata hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi iaitu dengan PNK per kapita sebanyak USD15,000 juga boleh dicapai pada 2018, dua tahun lebih awal daripada sasaran 2020, berdasarkan pencapaian sekarang.

Dunia juga kagum dengan Malaysia kerana dapat mengurangkan defisit secara beransur-ansur, daripada 6.6 peratus pada 2009 kepada 4.5 peratus pada tahun lalu, sedangkan ada negara Eropah yang ingin mengurangkan jumlah tersebut secara drastik namun mengakibatkan pertumbuhan negatif, katanya.





No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).