Thursday, March 07, 2013

TERKINI : JAMALUL KIRAM UMUM GENCATAN SENJATA PIHAKNYA


Sama ada nasihat dari sahabatnya yang kuat menyaman di Malaysia, atau nasihat jin nya yang tak mampu melawan kudrat Ilahi, pendakwa diri sebagai Sultan Sulu, Syaitan Bahalul Kiram mengumumkan gencatan senjata di pihaknya. Syukurlah. Apa yang diperlukan sekarang ialah umumkan juga 'tentera' nya supaya keluar dari Sabah!

NAMUM MALAYSIA PERLU BERHATI HATI KERANA 'KISAH BENDERA PUTIH' YANG MENYEBABKAN MULANYA PERTEMPURAN HAMPIR SEMINGGU YANG LALU BELUM BOLEH MEYAKINKAN APA-APA.

JUGA, SIFAT M.N.L.F. YANG GEMAR MELANGGAR PERJANJIAN DAMAI JUGA PERLU DIAMBIL KIRA!


Hal ini mungkin sekali terjadi setelah dia menyedari majoriti rakyat Sulu di Jolo TIDAK MENYOKONG mereka.

Jamalul Kiram umum gencatan senjata sebelah pihak

MANILA 7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_11/Jamalul-Kiram-umum-gencatan-senjata-sebelah-pihak#ixzz2MpSlJTj2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).