Sunday, March 03, 2013

Tokoh Tasaug Kecam Pencerobohan Bersenjata


6 hari sebelum pertempuran berlaku di Lahad Datu, tokoh Tasaug tempatan dalam blognya menolak kaedah pencerobohan bersenjata yang di buat ke atas Sabah oleh pihak yang mendakwa mewakili Sultan Sulu.

Bahagian 1: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Insyaa Allah ada caranya. Sekiranya mereka mengaku sebagai pengikut Sultan Jamalul Kiram III atau Sultan Ismael Kiram II yang mengaku FILIPINO maka Malaysia boleh isytiharkan mereka bukan Sultan Sulu malah sebagai Filipino. Implikasinya ialah Malaysia harus bertanya Filipina samada itu adalah rakyat mereka. Kalau dia kata ya rakyat Filipina maka Malaysia boleh mengutuk Filipina sekiranya tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan rakyatnya itu ke Sabah Malaysia. Ia dikira ceroboh dengan bawa senjata dan boleh dibunuh sebagai tindakan mandatori sekiranya enggan keluar malah enggan berunding.

Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar. Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah. Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia tidak boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang.

Walau bagaimana pun kita melihat bahawa Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.


  • PERTAMA: Mereka bukan rakyat Filipina walau pun pemimpin mereka jelas Filipino. Dibimbangi mereka itu adalah benar bukan Filipino dan benar adalah rakyat KESULTANAN SULU. Malaysia agak ragu kerana ketidak pastiannya mengagak apakah tindakannya betul sekiranya menembak mati penceroboh itu yang mana mereka mengaatasnamakan Kesultanan Sulu? Apakah implikasi antarabangsa terhadap tindakan menembak itu? Mungkinkah Malaysia dituduh menembak rakyat Sultan Sulu yang mana nama Kesultanan Sulu itu terkait dengan kedaulatan SABAH? Maka Malaysia memilih berunding secara damai tanpa syarat meminta penceroboh keluar secara baik. Namun sampai bila? Sekiranya penceroboh terus bertahan?
  • KEDUA: Malaysia tak akan menembak disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemerintah beragama Islam yang melarang membunuh sesama Islam. Walau pun alasan ini agak rapuh disebabkan pihak penceroboh itu jelas berniat melawan sanggup berbalas tembakan sekiranya permintaan mereka tidak dituruti, namu Malaysia harus memilih tidak menembak walaupun ugutan dah diberikan sejak awal kepada penceroboh.

Saya secara pribadi menyokong Malaysia untuk tidak menembak lebih dahulu. Pihak kami masih menyiasat siapakah dalang sebenar mereka ini selain Sultan Jamalul Kiram III. Dari pandangan lojik mereka ini memang Filipino yang mana kalau berjaya ditangkap oleh Malaysia maka sangat sesuai disumbat ke dalam Kurungan Rumah Merah. Bagi mereka peluang merasa penghinaan dalam rumah merah supaya mereka lebih faham erti PTI yang masuk secara haram. Saya mengira ramai dari kalangan penceroboh ini pernah mengalami pengalaman ngeri disumbat dalam kurungan Rumah Merah di Sabah.

Insyaa Allah selepas ini Malaysia akan dapat melihat semula kewajaran Rumah Merah itu diwujudkan. Tausug berharap tiada lagi PENJENAMAAN PTI HARAM terhadap Tausug yang menjadi rakyat Kesultanan Sulu. Saya optimis hal ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin ya Rabbal Alamin!!

Maka, bagaimana tindakan kita seterusnya? Banyak lagi jawapan berupa saranan yang akan menyusul selepas ini dari pihak kami Insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).