PRU-13: Tok Mun sah bertanding lagi
KUALA TERENGGANU 4 April - Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ini merupakan PRU kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada PRU yang lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.
Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada PRU kali ini. - UTUSAN ONLINE
Atok, udah-udah la tu. Simpan je duit tu untuk perbelanjaan atok buat hari2 senja ni. Dulu dah hilang deposit RM10k, kali ni takkan nak hilang lagi duit kot. Dari hilang deposit, lebih baik derma duit tu pada rumah anak yatim atau orang miskin kat kampung atok, dapat juga tambah pahala sebelum terima jemputan dari Ilahi nanti...
ReplyDelete