4. Re: How safe is tap water ?
29 March 2010, 13:26
Sememangnya negara ini telah diakui mempunyai kualiti air terawat yang bersih sehingga boleh minum terus dari pili (paip).
Namun bekalan air berkualiti rendah dan berhadapan dengan krisis telah dialami oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Anda mahu minum air yang keluar dari paip di Kelantan?
Anda sedar bahawa mantan kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan harga air pada masa yang sama enggan membayar bekalan air mentah kepada mantan kerajaan PAS Kedah.
Anda tahu bahawa Selangor menyediakan opsyen air percuma dengan air pam bawah tanah dan air lombong dan sungai hiliran yang diproses dengan memperkenalkan alat-alat mengepam dan membersih air yang perlu ditanggung pengguna untuk mendapatkan air percuma?
Mahukah anda beralih dari kemajuan air paip boleh diminum terus kepada air yang berkualiti rendah yang perlu didapatkan sendiri dari air limbah di sungai hiliran dan sumber air bawah tanah?
Standard kualiti air yang keluar dari loji rawatan air di negara ini adalah boleh diminum terus dari paip. Hanya terserah kepada kemampuan pembekal bekalan air untuk memastikan penyelenggaraan paip berterusan dapat dilakukan. Tetapi sekiranya kerajaan negeri tidak prihatin dalam hal ini, kualiti hidup rakyat tentulah menurun.
Terputus bekalan elektrik masih boleh menggunakan lilin dan berhibur dengan wayang bayang-bayang di dinding. Terputus bekalan air? Nak berak pun tak boleh.
Mengundi Pakatan Rakyat bererti kita memilih untuk hidup dalam kualiti yang terkebelakang.
Untunglah Allah memudahkan kehidupan kita selama ini melalui kerajaan Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).