Tuesday, May 28, 2013

Bot Karam : 23 Masih Hilang, Empangan Bakun tutup air


Bot ini bertolak jam 8 pagi tadi. Ia karam jam 9 dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit. 

Sehingga kini, jam 6 petang, 181 penumpang selamat manakala 23 lagi masih hilang.

Kapasiti bot hanya untuk 74 orang.. 

Empangan Bakun diarah tutup untuk kerja-kerja menyelamat.

Belum ada mayat ditemui.

Bot karam setelah bahagian belakangnya berlanggar dengan batu akibat lebih berlebihan muatan.

Tabung Bencana Media Prima menyediakan platform untuk menderma.




23 mangsa bot ekpres karam belum ditemui - Polis

BELAGA 28 Mei - Seramai 23 mangsa tragedi bot ekspres karam di Sungai Rejang masih belum ditemui.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu memberitahu setakat petang ini seramai 181 orang mangsa telah diselamatkan.
"Setakat ini masih belum ada mayat yang ditemui," katanya yang dihubungi sebentar tadi.
Jumlah penumpang bot seramai 204 orang itu adalah sesuatu yang mengejutkan kerana kapasiti maksimum yang dibenarkan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) hanyalah 74 orang.
Jumlah muatan lebih sekali ganda itu adalah kerana permintaan yang tinggi berikutan sambutan Hari Gawai Sabtu ini. - UTUSAN ONLINE



SELASA, MEI 28, 2013


Bot Karam Di Sarawak : 70 Masih Gagal Dikesan

Imej di atas adalah gambar bot malang yang karam , telah diambil oleh penumpang yang tidak dapat menaiki bot tersebut. Gambar milik Borneo Post.

Laporan terkini menyebut bahawa 70 orang masih gagal dikesan dalam kejadian sebuah bot  yang sarat dengan penumpang karam di antara Belaga dan Kapit, di Sarawak.

Bot yang sarat dengan penumpang yang mahu pulang merayakan Hari Gawai  itu telah karam  dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit kira-kira jam 9 pagi tadi. Melihat kepada kapasiti lebih muatan, angka kematian yang tinggi adalah diramalkan.

Bot ekspres Belaga menuju ke Kapit karam
KUCHING 28 Mei - Sebuah bot ekspres dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit yang sarat dengan penumpang karam kira-kira 9 pagi ini berhampiran Tanjong Giam Bungan.
Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.
Jumlah mangsa setakat ini belum dapat di sahkan. - Utusan.

GEMPAR!!! BOT EXPRESS BELAGA KARAM

KAPIT: The Belaga District Office has confirmed that the Belaga to Kapit express boat which departed at 8am this morning sank near Tanjong Giam Bungan about an hour's boat ride from Belaga.

It said the express boat was full when it departed.

No reports of casualties are available yet.

Belaga District Office Abdul Halim with Belaga OCPD DSP Bakar are about to go to the site.

The boat was too full to pick passengers from Belaga this morning and as such many civil servants could not board including three Kapit Resident's Office staff.

Assistant Minister of Culture and Heritage Liwan Lagang, who is Belaga assemblyman, was also among those who could not board.

Last night Belaga hosted the district's pre-Gawai gathering, so many were in the town to attend the event.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).