Thursday, May 02, 2013

DAP Desak 13 Mei Disiasat Semula

Nampaknya DAP memprovokasi hubungan kaum di negara ini dengan mendesak Tragedi 13 Mei 1969 disiasat semula. Peristiwa 44 tahun lalu itu kini bakal memberi hasil bertujuan apa? Memenjarakan siapa? Mengecam siapa? Dan apa untungnya kepada mereka? Dia berkata demikian di hadapan beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat dari pelusuk Johor bertempat di Sutera Mall.

PRU-13: Pembangkang main api, tubuh suruhanjaya diraja siasat 13 Mei

JOHOR BAHRU 2 April - Pakatan pembangkang yang semakin tertekan dengan sokongan pelbagai kaum kepada Barisan Nasional (BN), pada hari-hari terakhir tempoh berkempen ini menggunakan stragegi memainkan sentimen api perkauman.

Ini termasuk mahu membongkar dan mengungkit semula tragedi 13 Mei 1969 yang menjadi salah satu catatan sejarah hitam hubungan kaum di negara ini.

Malam tadi, pakatan pembangkang bertekad mahu menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca sebenar tragedi 13 Mei 1969.

Kononnya, penubuhan suruhanjaya itu perlu untuk memperbaiki fakta sejarah mengenai insiden berdarah itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat cadangan demikian ketika berucap pada ceramah pakatan pembangkang di Sutera Mall dekat sini malam tadi.

Menurutnya, beliau sebelum ini pernah mencadangkan penubuhan suruhanjaya itu pada sidang Dewan Rakyat pada 1971 tetapi perkara itu sengaja ditutup oleh beberapa pemimpin UMNO bagi membolehkan mereka menjadikan tragedi itu sebagai 'senjata' menakutkan rakyat.

Lebih dahsyat lagi tuduhan beliau apabila memetik kenyataan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar yang menyatakan bahawa tragedi itu didalangi pemimpin-pemimpin UMNO untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

"Apabila pakatan pembangkang sudah menang, saya akan cadangkan agar suruhanjaya ini diwujudkan untuk menyiasat punca sebenar kejadian ini. Kita bukan mahu cari salah siapa atau mahu hukum sesiapa tetapi mahu perbaiki fakta sejarah kerana kes ini sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Kita mahu 'restkan' peristiwa 13 Mei ini kerana tidak mahu UMNO terus menjadikannya sebagi senjata untuk menakutkan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Kit Siang cuba bermain taktik perang psikologi untuk menagih simpati pengundi apabila calon DAP untuk kerusi Parlimen Gelang Patah itu tanpa segan silu menyatakan bahawa beliau tidak begitu yakin dapat menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada PRU-13 ini.

"Mahathir (Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) kata Gelang Patah akan jadi kubur saya, pengundi akan tentukan sama ada Gelang Patah akan jadi kubur saya atau tidak," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130502/px_15/PRU-13-Pembangkang-main-api-tubuh-suruhanjaya-diraja-siasat-13-Mei#ixzz2S4ZkPLou
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 comments:

  1. Apa nak susah tua kutuk cina racist bangsat.
    Aku akan mintak suruhanjaya diraja siasat 13 may.
    Bagi sedar sikit melayu pas pkr dan sekelumit kecik dlm dapig..

    Tapi bawah BN la..

    So jangan mimpi la malam 5 may puak extreme pas nak kunci dan mangga pintu gate besar parliament. .


    ReplyDelete
  2. Tangkap Kit Siang dulu pasal 13 Mei dan siasat asal usul dia....jangan main api dengan Melayu....!

    ReplyDelete
  3. Tangkap Kit Siang dulu pasal 13 Mei dan siasat asal usul dia....jangan main api dengan Melayu....!

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).