Wednesday, May 29, 2013

Guru ramai pembangkang?


DI SEKOLAH saya bekerja ada lebih 80 orang guru tetapi tidak sampai 10 peratus yang pangkah BN, yang lain semua pangkah pembangkang.

Malah seorang ustazah dengan bangga mengatakan bahawa dia pangkah DAP, kerana terlalu benci dan sakit hati kepada UMNO.

Dalam bilik guru semua guru bercakap tentang keburukan kerajaan. Menghentam UMNO. Mereka maki hamun kerajaan yang banyak menolong mereka. Apa saja kerajaan buat semuanya salah.

Fenomena ini bukan saja berlaku di sekolah saya malah sekolah seluruh Malaysia dan jabatan kerajaan yang lain. Saya tidak tahu apa masalah guru. Apa lagi mereka mahu. Di mana fikiran logik mereka sebagai seorang pendidik. Kemudahan terbentang luas. Bukti kejayaan di depan mata. Kebenaran sudah nampak, tetapi masih termakan hasutan pembangkang.

Duit tidak perlu cari cukup bulan cucuk saja. Bila bajet semua bertenggek depan TV nak tahu berapa bonus dapat. Orang kampung kena cari duit. Pendapatan tidak menentu. Tetapi mereka masih setia kepada UMNO yang berteraskan Islam dan Melayu.

Wahai guru belajarlah bersyukur dan berterima kasih. DAP penipu besar. Buat apa kita pangkah dia.

Dia guna PKR untuk menipu orang Melayu. Tetapi orang Melayu berpolitik sangat bodoh. Orang Cina sudah bersatu untuk menentang Melayu, tetapi kita berpecah belah. Buat fitnah sesama sendiri.

Marilah kita bersatu. Inilah formula yang terbaik untuk memperkukuhkan Islam dan orang Melayu. Kalau DAP dan MCA boleh berpakat dan bersatu, mengapa orang Melayu bermusuhan.

Negara kita pelbagai kaum, kalau kita tidak bersatu bangsa lain yang untung dan mereka tepuk tangan.

Lihatlah bangsa kita sudah tidak terurus dan porak-peranda.

Melayulah paling ramai menghasilkan anak luar nikah dan buang bayi. Melayulah paling ramai penagih. Bangsa apa yang menjadi peragut dan siapakah mat rempit, bohjan dan bohsia?

Sumbang mahram berlaku sana sini. Lihatlah berapa ramai anak Melayu tidak tahu mengucap dan tidak pandai membaca al-Quran.

Tetapi ustaz dan ustazah hanya pandai berpolitik di sekolah. Ini dosa siapa? Cuba tanya diri sendiri, pernahkah ustaz dan ustazah buat kelas tambahan untuk anak bangsa sendiri bagi menyelesaikan masalah ini? Tidak perlulah mencari kesalahan orang lain kalau tanggungjawab sendiri pun kita abaikan.

Kalau mahu wujudkan negara Islam kita mestilah Islam diri kita dahulu, lepas itu Islamkan keluarga kita, kemudian masyarakat seterusnya negeri dan akhir sekali barulah Islamkan negara.

Ummah mantap negara kuat. Bila kita kuat tidak ada isu murtad, isu kalimah Allah, isu buang kepala babi di kawasan masjid, isu memprotes suara azan dan akhir sekali tidak akan ada isu mengkristiankan umat islam.

Sejarah telah memberi banyak pengajaran dan tidak pernah menipu kita.

Lee Kuan Yew, PM Singapura pertama sanggup masuk kampung Melayu dan pakai songkok bagi mendapat sokongan orang Melayu untuk Singapura berpisah dengan Malaysia.

Akhirnya Melayu dapat hampas saja. Di Selangor DAP sanggup masuk masjid untuk menunjukkan mereka boleh membela Islam dan melayu.

Maka orang Melayu pun tersengeh termasuklah yang pakai serban dan berjanggut. Tetapi DAP kata orang Melayu sudah masuk perangkap.

Ekonomi dalam genggaman. Kuasa politik sebelah tangan. Pulau Pinang sudah tumbang. PKR dan Pas masih berangan-angan.

Percayalah bangsaku. DAP tidak pernah jujur dengan kita. Mereka ada muslihat. Mereka nak ubah seluruh sistem pemerintahan negara supaya menguntungkan mereka. Mereka tidak mahu emas. Mereka tidak mahu jambatan terpanjang. Mereka tidak mahu universiti. Mereka tidak mahu bangsa mereka ramai menjadi jutawan. Tetapi yang mereka mahu ialah Tanah Melayu, kuasa politik dan ekonomi orang Melayu.

Mereka nak buang Perlembagaan yang ada. Mereka mahu jadi perdana menteri. Mereka nak hapus sistem beraja. Mereka nak rampas semua hak orang melayu.

Sebab mereka tahu Melayu bodoh. Wahai bangsaku cuba bayangkan kalaulah orang Cina berada di tempat kita. Adakah mereka akan buat seperti PKR dan Pas buat sekarang. Jangan harap!

GELORA LANGKAWI

Bukit Tinggi, Baling



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130528/fo_01/Guru-ramai-pembangkang#ixzz2Udhan7JA 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

22 comments:

  1. sememangnya tepat, pm dan menteri pendidikan...tolong ambil perhatian isu ini.

    ReplyDelete
  2. sama la di sekolah sy pn.. yg pangkah BN hanyalah staf-staf bawahan.. kerani.. pembantu murid.. technician.. pak cik tukang kebun.. lepas tu cleaner swasta.. yg guru2 termasuklah la guru besar semua pangkah PAS.. tp kerajaan BUTA HATI DAN MATA!!!.. golongan yg tak reti kenang jasa (guru) ni diberikan pelbagai imbuhan.. sedangkan kami yg teruse menerus menyokong Barisan Nasional tiada keistimewaan...

    persoalan sekarang pd kerajaan..

    Tuan mahu menjaga org yg ada ijazah master begulung ke atau orang yg boleh mengekalkan Tuan di tampuk pemerintahan? tepuk dada buka mata!

    - shah, Perak

    ReplyDelete
  3. begitu juga di sekolah saya...di bandar baru bangi...dalam bilik guru mereka dengan sewenang2nya mengutuk dasar2 kerajaan. malah ada yang berbangga bila DAP menang di pualau pinang...walhal sekolah saya hanya ada seorang guru lelaki cina tua yang berasal dari melaka...163 yang lain ialah gureu melayu islam...sepanjang kempen pilihanraya tempoh hari saya tak sanggup duduk di bilik guru...sepatutnya KPM yang di nakhodai oleh TPM...ambil tahu hal ini...dakyah pembangkang sewenang2nya di taburkan dan disemai di kalangan pelajar...

    ReplyDelete
  4. We setuju..rata rata memang sokong pakatan ...kita org yg sama kelulsuan dgn meka kena menunggu giliran,,kena hadir temuduga, jawatan terhadap tp meka anak mas kerajaann, minta apa akan di turuti..so Kerajaan kena ambil tindakan, jiak meka tak minat keja minta meka letak jawatan..itu lah silap kerajaan beri peluang meka berpolitik..agensi kerajaan yg lain pun x terkecuali..So apa meka mahukan..Apa pakatan da janji lada meka?

    ReplyDelete
  5. Kat dalam MAS pun sama ... keliling saya penuh pembangkang ..... Kerja tak pandai harap nak nganga je ....

    ReplyDelete
  6. gua pun akan dedahkan pensyarah2 politeknik dan kementerian pengajian tinggi rata2 org atasan pembangkang terang2 naik benera pembangkang.. bagus mmg KPT di pupuskan... penyangak perasuah.. jangan dengar sangat cakap mereka dan mantan KSU KPT pelindung rasuah.. pro pembangkang... yang kena tukar dan buang kerja yang me3nyokong BN apa ke sialll KPT ..

    ReplyDelete
  7. Menteri Pendidikan kena tegas macam Zahid Hamidi juga,ambil tindakan terhadap guru yg culas mengajar tapi banyak buat tuition.Dikawasan Damansara P.J. cekgu boleh dapat pendapatan tambahan dari tuition 5-6 ribu sebulan,tapi mengajar dalam kelas cukup malas.Mejoriti mereka sokong pembangkang.Ini bukan rakaan,keran isteri aku PK salah sebuah sekolah di sini.Dia merungut sakan pasal para guru di sekolahnya.

    ReplyDelete
  8. wahhh.. ni kena pandang serius menteri KPM.. jangan tidurrr,... kami ada list mereka2 ni...

    ReplyDelete
  9. Guru2 propembangkang ini dengan mudah mbiarkan diri mereka termakan doktrin n persepsi yg ditanam oleh pemimpin pembangkang, kununnya menyokong pembangkang lbh trendy. Mereka x mahu berfikir n mbuat justifikasi sdr tp terima bulat2 pemikiran pemimpin pembangkang mrk. Sesetengahnya jk trime sms hasutan @ fitnah pembangkang trus 100% percaya n sebarkan dpd nk bpikir, menilai n mjustifikasi secara logik n rasional, atau bpikir dr segi agenda tsembunyi pnyampai sms bkenaan.

    ReplyDelete
  10. Di sekolah2 seluruh Malaysia mcm tu. bila bab pangkat, gaji, bonus menganga mulut tunggu habuan. Sokong tak mau.

    ReplyDelete
  11. jika KPM nak nama2 pensyarah politeknik shah alam yang pembangkang sila reply kami akan bagi nama2 mereka hantar ke mukah.. kasi tido.. okk TPM

    ReplyDelete
  12. pecat aja atau transfer ke ulu serawak..biar dia tahu langit tu tinggi ka rendah.
    jenis tak tahu bersyukur dan berterima kasih..guru lahabau

    ReplyDelete
  13. kakitangan awam terutama guru, ostad ostazah J-QAF mmg sudah lama diketahui pencacai tegar Pembangkang.

    Yg peliknya kita hairan atas dasar apa mereka sokong puak yg xpernah berikan mereka apa2 melainkan FITNAH dan JANJI PALSU.

    Jika kaum CinaPiggy sokong DAP krn mereka harapkan kuasa memerintah boleh diperolehi dgn kuatkan DAP..so ada lah justifikasi.

    Malang sekali bg kakitangan awam..yg perut boroi2, tanda kenyang dan senang, cukup bulan cucuk ATM, kerja tk setera mana, gaji besar, mewah (berbanding swasta), tambahan guru J-Qaf hanya mengajar bilangan murid yg sedikit..

    jd apa mereka mahu? mereka melampau, lemak dan lupa nikmat Tuhan alirkan melalui krjn skrg.

    Jadi mereka menentang krjn yg Allah berikan izin utk trun nikmat_NYA.

    kita sedar pegawai2 tinggi krjn juga termakan dgn fitnah PR. Amat mudah terima fitnah dr sedar kebaikan yg telah dapat.

    Kerajaan perlu cari kaedah.. mgkin jiwa kakitangan krjn tidak DI ISI dgn pegisian yg betul.. maka pengisian buruk dr pembangkang yg ambil masuk..
    lalu jadikan mereka LUPA DARATAN dan kufur nikmat..

    wallahualam

    ReplyDelete
  14. apakah sudah psti jika PR perintah DAP akan biarkan kakitangan awam yg dianggap 'spoon fed' pampered, bazirkan wang rakyat ini dikekalkan?

    igtlah jgn sampai Allah turunkan peringatan yg berat jika peringatan yg kecil mereka tk ambil peduli.

    Senang lenang yg ada skrg sepatutnya masing2 lebih ikhlas berkerja, menyokong kebaikan yg dilaksanakan pemerintah dan membaiki kekurangan pemerintah

    Tukar pemerintah halal dilakukan jika pemerintah itu kufur pd Tuhan dan melarang rakyat dr taat pd Allah..

    apakah ostad2 PAS dlm sekolah BUTA HATI dr kebenaran Islam? nama sj ostad.zah tp hati mati dr agama! makan gaji buta.. anak2 didik tk terdidik pun!

    ReplyDelete
  15. Apa yang dikatakan oleh penulis di atas adalah benar belaka.Majoriti guru di negara ini adalah penyokong tegar pembangkang.Mereka ini adalah golongan yang tak tahu untuk bersyukur.Bermacam benda yang kerajaan beri untuk mereka, tapi apa balasan mereka?Ibarat diberi bunga oleh kerajaan tapi dibalas dengan taik.

    ReplyDelete
  16. BN / UMNO mesti utamakan penyokong dan pengundi mereka dalam urusan kenaikan pangkat dan peluang berkhidmat ke luar negara agar nama Malaysia terus dipelihara. Jangan terlalu cuba menarik sokongan mereka yang menentang dan membenci BN/UMNO sambil meminggirkan mereka yang selama ini begitu setia kepada UMNO/BN. Majoriti dalam perkhidmatan awam adalah mereka yang menyokong pembangkang. Bersihkan perkhidmatan awam dari mereka-mereka yang berterusan mengutuk, mengeji dan memaki hamun UMNO/BN walaupun dapat sebegitu banyak faedah dari pemerintahan UMNO/BN.

    ReplyDelete
  17. Pak Menteri Pendidikan jgn sebok pasal nak jadikan BN parti tunggal...perbetolkn dulu jatidiri guru2 yg ada...

    Malah dakyat pembangkang sering di sebarkan melalui pembelajaran...sbb itu ramai anak2 kite yg biadap krn dakyah xperlu berterima kasih pada tangan yg mmberi meresap dlm jiwa mrk melalui penyebar2 yg spttnya mmperbetulkn keadaan tapi mrk melakukn perkara yg sebalik..

    ReplyDelete
  18. Memang betul ramai yg membangkang & pembangkang... dari saya mula2 posting ke skolah jenis Cina smpai la pindah ke skolah Premier begitu la keadaannye... tapi saya rasa ok je sbb saya pn sama jgak.. ha ha.. Malaysia negara demokrasi... bukan diktator.. Umno adalah punca masalah sosial org Melayu sbenarnye..

    ReplyDelete
  19. Orang cina ni penyabar dia orang target budak yang masih tak tahu apa apa. Buat soal selidik secara mengejut pada murid2 guru tersebut

    ReplyDelete
  20. 1000% benar.
    Tapi tak payah lah kita nak komen apa2 sebab selagi menteri2 babi gila kuasa yang di lantik takan ada sebarang tindakan pun.
    Mereka tahu tapi tidak ambil tindakan.
    Mereka seolah2 mahu negara ini ranap sebab merekaa dah kaya raya.
    Buat ostat,ustazah dan sebahagian guru yang mengundi pembangkang tahniah di ucapkan kerana anda telah brejaya menyumbat mulut anda,anak2 anda ibubapa dah darah daging anda dgn rezeki yang 1000% HARAM.
    Ada yang sanggup balik dari sabah dan sarawak bagi menyokong pembangkang.
    Disekolah pun tak buat kerja sangat pun.
    Tahniah buat menteri babi yang dilantik.
    Banyak2 bagi muka kat babi2 peliharaan kau orang.
    Zahid KDN terbaik tak lagi macam XKDn nganga sj.
    Nak jadi BN parti tunggal?
    Buat saja.
    Satu cadangan yang bakal merosakkan keseluruhannya.
    Cadangan Babi tunggal.
    nak tunjuk hebat bukan begitu caranya.
    Nak jadi hebat..hendaklah meningkatkan kekuatan iman dan islam.
    Buat cadangan kearah islam.
    Bukan macam islam parti laknat Pas.
    Punyai keahlian yang busuk hati mereka.
    Jadikan UMNO dan BN kekuatan rakyat Malaysia dgn memperkuatkan islam.
    Insya Allah pasti berjaya kerana Bn mendahului Allah dan bukan kroni atau wang ringgit.
    Alangkah baiknya kalau mereka membaca kritikan semua.
    Jenis ,anusia berhati babi memang susah di tegur.

    ReplyDelete
  21. Betul la...hmpir 80% pyokong pr. Tapi mmg jelas la..80% jgk yg lemah, lmbb, xpandai, gaji rendah je yg nyokong bn. Kata tun m, yg bodo2 je tgl dlm umno/bn.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).