Monday, May 20, 2013

Peniaga Gerbang Malam Kini Bagaimana? Sihat?




Kecoh beberapa hari sebelum PRU13, beberapa para peniaga Melayu di satu-satunya kawasan perniagaan orang Melayu ala 'Uptown Downtown' di tengah-tengah bandaraya Ipoh berteriak dengan menyebut mereka tidak akan undi BN , malah akan menyokong DAP.

Golongan ini dikatakan mewakili persatuan peniaga disitu. Mungkin perlakuan mereka atas rasa tidak puas hati dengan sesuatu isu atau terlalu yakin bahawa DAP akan kembali memerintah Perak.

Mereka lupa, DAP langsung tidak pernah suka mereka saat mereka diberi ruang oleh MBI untuk berniaga sepanjang Osborne Street itu satu ketika dahulu. Kuat lupa demer ni.

Mereka kemudian menambah gimik tersebut dengan mengadakan flash-mob ala mereka di hadapan gerbang.


Tinjauan pada pagi Sabtu lalu, bendera-bendera DAP masih melingkari gerbang yang menjadi tugu kawasan tersebut yang dipanggil Gerbang Malam.

Keterlanjuran kumpulan ini dibalas dengan kemenangan BN di Perak. Mau dibawa ke mana kebanggaan mereka ke atas DAP? Mau diesak tangis ke mana apabila akhirnya mereka akan hilang keistimewaan di situ?

Kini Uptown Sunway Ipoh di km 10 Jalan Ipoh-Tanjong Rambutan menjadi alternatif pengunjung. Semakin hari semakin meriah. Walaupun dikunjung Ahli Parlimen Tambun ,Husni Hanadzlah dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah semasa masing-masing berkempen, profesionalisme pengurusan Uptown Sunway Ipoh perlu diberi tabik. Walaupun baru, tetapi cukup matang.


Uptown Sunway Ipoh

7 comments:

  1. kalau nak berpolitik. tak perlu berniaga. jangan fikir semua pelanggan suka cara berniaga bagitu.
    elok lah tutup aja gerbang malam tu. sebelum ini merempat meniaga distation keratapi ipoh. sudah diberi tempat. itu balasannya. sudah disuap makan, tangan pula digigitnya. itulah kebebasan tak mengenang budi dan tidak pernah bersyukur. elok lah tuhan tarik rezeki tu.

    ReplyDelete
  2. ramai juga peniaga yang benci dengan group boyan gerbang malam ini, keluar dari situ. jenis boyan tak sedar di untung. patutlah singapore senang menjajah melayu sana. kerana kerja boyan. boyan memang tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  3. kalau pelanggan tiada jangan salahkan kerajaan tak promosi tempat itu tp salahkan persatuan peniaga dan anda sendiri yang awal2 lagi jerut tali gantung terlalu yakin kemenangan pembangkang tp mereka tidak tahu yang kerajaan BN ler yang byk membantu peniaga kecil,DAP xkan tolong orang melayu maju dari cina

    ReplyDelete
  4. Akhirrrr nya terrrr..Mop muka sendiri. !!!hahahaha

    ReplyDelete
  5. pengemis jalanan22 May 2013 at 06:20

    kome x tau citer sebenar psl gerbang malam x yah sembang politik la..ada sebab dinaikkan bendera parti kat situ..penulis blog ni pun 1 bangang..jgn main tulis je artikel klu x tau citer ujung pangkal..pegi tanya mbi, tanya dato bandar, tanya zambry apa yg dijanjikan kat gerbang malam tu..janji tinggal janji!!! selagi dibwh pemerintahan umno/bn, selagi itulah kaum bumiputra x kan maju..TIPU SEGALA TIPU!!!

    ReplyDelete
  6. sedih dengan reaksi melayu... menangis tgk video ni. lihat kebodohan bangsa sendiri. knp bodoh sangat. bersatu pada agama bukan parti. Pilih Islam kita akan selamat.

    ReplyDelete
  7. Salam Sejahtera peluang keemasan terutamanya Bumiputera "My OneTown RTC Gopeng"akan dibuka sebagai ikon perniagaan berkonsep baru & santai dan bermulanya di RTC Gopeng untuk dinikmati rakyat.Tapak Perniagaan ditawarkan kpd usahawan yang berminat utk bersama2 menambah pendapatan dan meningkatkan aliran tunai positif.Utk Info hubungi 013-5077677,014-2529630,017-5682069

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).