Tuesday, May 07, 2013

Tahniah Pejuang Maya Negeri Perak

Sesuatu perkara baru kini dipelajari oleh para chauvinis Cina. Semakin teruk UMNO dipersalahkan dalam itu dan ini, semakin meningkat majoriti kemenangan UMNO di pelusuk negara kerana orang Melayu menjadi simpati.

Setelah PR menang dengan bantuan para pemilih golongan penipu, keputusan PRU 13 wajar dilihat dari sudut hikmahnya apabila kaedah PR membentuk polarisasi kaum - yang turut melibatkan agama - telah membuatkan keputusan PRU 13 menjadi sedemikian.

Namun majoriti kerja kempen 5 tahun sebelum PRU 13 bukan dimainkan oleh UMNO. Ia dimainkan oleh para cybertrooper mereka dengan cara tersendiri. Ada cybertrooper UMNO, seperti pembangkang, dibayar untuk melakukan kerja tersebut.

Ada cybertrooper yang melakukan kerja dengan percuma. 

Ada cybertrooper dibentuk demi memenangkan calon di sesebuah kerusi yang ingin dirampas. Tetapi bukan sahaja gagal merampas, malah kalah pula dengan majoriti yang lebih besar lagi.

Ada cybertrooper merasakan dengan memuat naik video salah laku seks pembangkang akan memberi keuntungan kepada UMNO. Ada pemilih yang tiba-tiba membenci BN setelah video salahlaku seks itu tersebar dengan menjelaskan ianya adalah kaedah jijik.

Bermacam hasil tangan cybertrooper BN selama ini telah diolah dan ditafsir di dalam PRU 13 ini.

Siapa kata cybertrooper Perak gagal menjalankan kerja? Jika gagal, kita tidak sama sekali berjaya memastikan majoriti mudah yang dimenangi di Perak itu berlaku kerana jika kita gagal, tidak ada kekuatan dalaman kembali kepada UMNO.

Hasilnya, orang Melayu di Perak telah nampak bahawa jika mereka bersatu, tidak mungkin DAP mampu mentadbir negeri lagi walaupun setiap satu undi Cina  di Perak pergi ke DAP. Walaupun pemersatuan ini mengambil tempat dengan perlahan, namun impaknya tetap ada.

"No Chinese in Perak will vote BN" adalah perkataan yang didengari sejak 2009. Sejak itulah pejuang dunia maya di Perak memastikan undi orang Melayu di Perak dipinjamkan kepada UMNO sebanyak mungkin.

Mimpi ramalan DAP kembali merajai negeri akhirnya tidak menjadi kenyataan atas usaha ini.

Rupanya bukan orang Cina di Perak sahaja, malah orang Cina di seluruh negara, sehingga 85% dari mereka tidak mengundi BN. 

Orang Melayu Islam di tempat lain tidak digegarkan dengan apa yang orang Melayu Islam di Perak dimomokkan. Oleh sebab itu mereka tidak mengerti, tidak memahami, mudah pula ditipu dengan taktik membanjiri majlis makan malam dan sokongan pemimpin-pemimpin NGO yang plastik.

Kita sedia maklum, pihak MCA dan Gerakan tidak berinisiatif langsung mengadakan pejuang-pejuang internet dan terus bergantung harap kepada UMNO. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka dapat apa yang telah mereka usahakan. Malah mereka merancang untuk keadaan sedemikian?

Malahan juga, kempen MCA saban hari di The Star dikatakan turut mengguris perasaan umat Islam tanpa mengira parti, terutamanya di bandar-bandar besar juga  menjadi sebab kekalahan MCA di kawasan yang ramai orang Melayu.

Untuk itu, para cybertrooper yang berdiri dengan matlamat tulen tanpa berorientasikan wang sahaja yang akan kekal muncul dengan post-post mereka setelah PRU13 berakhir. Manakala bagi yang sebaliknya, mungkin sahaja kerja mereka dirasakan telah tamat. Selamat berjuang di penggal seterusnya.


Majlis belanja penipu makan. Buat habis wang sahaja.



3 comments:

  1. PAS dan PKR mcm haramjadah. Knp diorg suke tanah Perak dipajak ke cina DAPig sampai 999tahun?

    ReplyDelete
  2. Kami bergerak secara sendiri disebabkan ingin melihat melayu tidak dipinggirkan dan terus maju tanpa menuntut sebarang imbuhan. Kita kena fikirkan corak pemerintahan sebagaimana harus ditinggalkan kepada anak cucu kita dikemudian hari.

    Mereka harus disedarkan peranan orang tua yang menaikan nama Malaysia dan mengenali siapa LIM KIT Siang dan DAP..apakah punca rusuhan kaum 13mei berlaku.

    Wahai kaum melayu ingatlah bahawa pabila Cina memerintah:-

    a. Akan adakah lagi kota bumiputra untuk membeli rumah.
    b. Akan ujudkah lagi sekolah berasama penuh, MRSM dan UITM yang disasarkan kepada golongan bumiputra.
    c. Akan ujudkah lagi pemberian biasiswa kecil persekutuan ataupun Yayasan disetiap negeri bagi anak melayu.
    d. Tengok sahaja contoh dibawah PR di Selangor tanah untuk dibina MRSM dirampas oleh kerajaan negeri..duit zakat pun mau disapu..adakah kerajaan sebegini yang dimaukan.
    e. Adakah benar pemerintahan berlandaskan syariah islam dan hukum hudud boleh dilaksanakan oleh melayu PAS sekiranya mereka bersama dengan cina DAP..ataupun hanyalah mainan bibir sahaja.

    Kami bercakap bukannya kami racis tetapi buka lah minda dan lapangkan pemikiran..ini lah hakikat sebenarnya..lihat sahaja apa yang terjadi kepada melayu peribumi di Singapura..dan lihat sahaja apa yang berlaku kepada melayu dikawasan pulau di penang..so fikirkan lah adalah ini kah corak pemerintahan yang kita maukan ditinggalan kepada anak cucu kita dikemudian hari..

    Wahai kaum ku yang seagama dan sebangsa..masih belum terlambat untuk kita berusaha untuk membentuk kesepaduan dibawah satu rumpun..BERSATU LAH WAHAI BANGSA KU..buang rasa hasad dengki dan tamakkan kuasa..mari lah kita bersatu demi masa depan anak cucu, negara, bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  3. Diam lah..
    kutuk orang je tahu....

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).