Monday, June 03, 2013

Menteri Luar Australia 'Tampar' Anwar Lagi

Australia iktiraf PRU-13

Bob Carr 
Menteri Luar Australia

MELBOURNE 2 Jun - Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr telah menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Malaysia pada 5 Mei lepas, mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.

Menjawab soalan Editor Luar Negara akhbar The Australian, Greg Sheridan, di stesen televisyen "Sky" mengenai kredibiliti Malaysia, Ahad, Carr berkata: "Nah... mereka pasti adalah kerajaan yang berwibawa.

''Saya menelefon rakan sejawat Anifah Aman (Datuk Seri) pada Jumaat untuk mengucapkan tahniah serta mengatakan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau pada Sidang Kemuncak Asia Timur di Brunei dan juga forum lain,'' katanya.

Carr mengulangi matlamat kerajaan Australia supaya tidak campur tangan dalam urusan politik domestik di Malaysia.

Sheridan mengingatkan Carr terhadap banyak 'komen histeria' mengenai PRU-13 di Australia, bukan kurangnya daripada Senator Nick Xenophon bahawa Malaysia adalah diktator dan Anwar Ibrahim (Datuk Seri) adalah Nelson Mandela di Asia Tenggara, Carr berkata:

''Ia adalah pilihan raya Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di Senat semasa menjawab soalan Xenophon bahawa kita bukan suruhan jaya pilihan raya untuk Malaysia.

''Kita tidak boleh membuat keputusan mengenai keadilan atau ketidakadilan dan kita bukan mahkamah pertikaian yang menentukan sama ada seseorang dengan dakwat calit di jari selepas mengundi mampu membuang undi lain atau tidak... kita tidak boleh masuk campur ke dalam perkara-perkara seperti itu,'' katanya.

Carr berkata, ia adalah pilihan raya Malaysia yang dijalankan di bawah peraturan berbeza daripada pemahaman rakyat Australia.

''Tetapi kerajaan (Australia) - kita tidak boleh masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara yang mana kita menikmati hubungan mesra,'' katanya.

Menteri Luar itu berkata, rakyat Malaysia sendiri akan membuat penentuan pada masa depan mengenai kaedah dan peraturan pilihan raya mereka dan Australia tidak mempunyai peranan dalam soal itu. - BERNAMA


IMBASAN 'TAMPARAN' YANG LALU :


KHAMIS, NOVEMBER 22, 2012

Anwar Ibrahim Dimalukan Australia, Anwar Mana Reti Malu?


Sudahlah puaknya menggesa Lynas dan aktiviti lombong emas di Raub, yang kedua-duanya dari Australia, ditutup, berani pula menulis surat meminta Australia memerhatikan pilihanraya di Malaysia. Itulah tebalnya muka kedut Anwar Ibrahim.

Menteri Luar Australia, Bob Carr menolak permintaan Anwar Ibrahim supaya Australia menjadi pemerhati pilihanraya di Malaysia.

Beliau menyebut, Australia TIDAK BOLEH dan TIDAK AKAN mempengaruhi corak pilihanraya Malaysia.

Anwar dilaporkan menulis secara peribadi kepadanya meminta agar Australia membantu memastikan pilihanraya umum negara ini bebas dari penipuan dan rasuah.

Anwar juga dikatakan memberitahunya bahawa terdapat penipuan dalam senarai pemilih.

Dia juga mengadu kepada beliau kononnya Suruhanjaya Pilihanraya tidak bebas dan parti pembangkang dipulau oleh media.

Berita selanjutnya di muka depan New Straits Times hari ini.

Hakikat jelas bahawa Anwar Ibrahim yang gemar menjemput campurtangan antarabangsa di negara ini menunjukkan dia sememangnya makhluk perosak yang dipilih orang-orang bodoh.

Carr seharusnya diberitahu bahawa Anwar Ibrahim merupakan perasuah nombor satu ketika berada dalam kabinet dan pada masa ini pun masih boleh dilihat dalam pemilihan partinya sendiri.

Seandainya Australia mahu melihat proses pilihanraya di Malaysia, mata mereka harus lebih tertumpu kepada pakatan pembangkang yang juga tidak kalah hebatnya merasuah orang, hasil dari terangkatnya Bapa Korupsi Negara sebagai pemimpin mereka.

Malah, pihak Australia juga wajar diberitahu bahawa agenda politik benci, politik tak membangun negara dan politik menjahanamkan negara yang diamalkan pembangkang , yang dilihat jelik dan berbeza dengan pembangkang di mana-mana negara, membuatkan mereka kelihatan sendu dan tiada nilai berita tulen yang ada pada mereka.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).