Koresponden BBC Alan Johnson menyebut "belum ada indikasi apa penyebab kemalangan tersebut."
Bas tersebut melanggar beberapa buah kereta sebelum akhirnya keluar dari jejambat di Avellino, yang terletak di selatan negara itu.
Kira-kira 11 orang dilaporkan cedera dan beberapa di antaranya parah, menurut laporan berita Itali, Ansa.
Bas yang mengangkut 50 orang termasuk kanak-kanak ini sedang dalam perjalanan menuju Napoli.
Penyebab kemalangan hingga saat ini masih belum jelas. Pemandu bas tersebut termasuk mangsa yang maut.
"Keadaan sangat kritikal," kata ketua bomba, Pellegrino Iandolo, kepada tv Itali.
"Kami sedang berusaha menyelamatkan mangsa seramai mungkin."
Jurucakap polis memberitahu AFP bahwa jumlah mangsa tersebut belum dapat dipastikan.
"Kami masih menarik keluar mangsa dari bangkai kenderaan," katanya.
Dia menyebut bahwa jejambat Naples-Bari ditutup akibat kejadian tersebut.
Laporan mengatakan bas melanggar pembahagi jejambat dan jatuh ke belukar sehingga membataskan operasi penyelamatan.
Para mangsa yang cedera dibawa ke hospital di Avellino, Salerno dan Nola, menurut Ansa.
Minggu lalu, sebuah keretapi laju terhumban di Sepanyol setelah pemandunya gagal menurunkan kelajuan di sebuah selekoh dan mengakibatkan 78 orang maut.
Keretapi tersebut dipandu pada kelajuan 190 km/j di sebuah selekoh yang perlu dipandu pada kelajuan 80 km/j.
Tiada apa yang perlu dibandingkan antara pengangkutan darat di negara ini dengan 'kecemerlangan Eropah' kerana kemalangan akibat kelalaian manusia berlaku di mana-mana.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).