Awal Ramadhan ketika ini menjadi cuti umum untuk negeri Johor, Kedah dan Melaka sahaja. Penetapan cuti di negara ini yang dibuat bersesuaian dengan keadaan zaman ia ditetapkan.
Melihat sosio-budaya masyarakat Islam di Malaysia hari ini, Awal Ramadhan disyorkan menjadi cuti umum seluruh negeri di Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan. Sabah dan Sarawak juga dialu-alukan untuk berbuat demikian.
Ini kerana pada Awal Ramadhan, ekonomi yang sedikit kukuh pada 14 juta umat Islam yang bertebaran merantau di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah membolehkan mereka untuk mahu pulang ke kampung berpuasa bersama keluarga di hari pertama puasa.
Malah bagi yang berduit, kerja di Kuala Lumpur dan balik hari ke Kota Kinabalu juga sudah tidak menjadi masalah.
Kesibukan kerja dan hitung belanja membataskan mereka untuk pulang ke kampung selepas itu dan hanya akan pulang menjelang Hari Raya.
Awal Ramadhan dapat pula dijadikan meriah dengan mentradisikan memasak bersama keluarga bagi buka puasa yang pertama dan sebagainya.
Berbeza dengan cuti-cuti hari kebesaran umat Islam yang lain, Awal Ramadhan lebih membuatkan cuti dipohon dan sebagainya kerana semakin ramai yang merantau, mahu bersama ibu bapa berpuasa dan berbuka bersama. Ada yang sengaja mahu menjadikan ia penuh makna,menyambut ketibaannya sekali lagi.
Negeri-negeri yang tidak bercuti Awal Ramadhan bolehlah memansuhkan terlebih dahulu cuti-cuti yang kurang disambut dengan sewajarnya iaitu Nuzul Quran di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor & Terengganu. Negeri Sembilan boleh digantikan dari Israk Mikraj.
Kuala Lumpur dan Putrajaya pula perlu bersedia menambahkan satu lagi cuti pada kalendar kurang cutinya itu seperti ia memasukkan cuti Thaipusam beberapa tahun lalu.
Dengan menjadikan Awal Ramadhan cuti pulang ke kampung, ia akan turut menggalakan lagi pertumbuhan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).