Wednesday, July 31, 2013

Isu Anjing Dan Orang Islam

Kecoh tentang isu anjing dan orang Islam dengan ucapan hari raya oleh seorang prinita penjinak anjing bernama Maznah dan anjing-anjing peliharaannya.

Apa yang menjadi polemik ialah sekumpulan umat Islam tidak merasakan itu salah berdasarkan ayat-ayat Al-Quran tentang anjing pemburuan.

Malah ramai orang Islam yang merasakan tidak salah untuk membela anjing bergomol berpeluk sakan. Mahu ketawa atau menangis melihatnya entahlah. Bingung kita melihat sikap buat bodoh antara anjing yang dilatih berburu dengan anjing yang dipelihara sebagai teman.

Mereka tidak biadap untuk disebut sebagai golongan anti hadis dan anti kepada sunah Rasulullah yang tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, sebaliknya memilih kucing..

Apa yang teman pernah tahu dari perkhabaran dahulukala, anjing merupakan binatang yang jika dibela, ia menganggap pembelanya sebagai penguasa, Lord malah mungkin sahaja Tuhan. Ini tidak baik untuk dunia makhluk kerana tiada makhluk patut menjadi 'tuhan' kepada makhluk lain.

Maka membela anjing untuk dilatih berburu dan menjaga kebun hendaklah tidak lah sampai menggomol memeluk mencium si anjing. 

Teman juga ada membela anjing di kebun, diberi cukup makan, dan mendengar kata. Tidak perlu dipegang apatah lagi ditangkap gambar untuk membuat ucapan hari raya. Itu JELAS melontar provokasi kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kita berteriak soal Syiah, tetapi dengan menggunakan anjing sahaja, kafirin, provokator, anti-Hadis dan konspirator penjatuh Ahli Sunnah dikalangan mereka yang bernama Islam, boleh mewujudkan pecah belah. 

HAKIKATNYA, GOLONGAN ANTI-HADIS ADALAH SAMA CELAKA DENGAN PUAK SYIAH.

Aduhai Melayu. Jika mahu mengakui diri sebagai umat Islam, berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah. Bukan semata-mata kitab sahaja seperti penganut agama wahyu yang lain.


Beza anjing buruan, anjing kebun, dan hanjeng - dengan anjing peliharaan - ialah, anjing peliharaan dipeluk digomol dicium disayang hingga si anjing mengagungkan, mempertahankan dan melayan tuannya setaraf sembahan. Tiada makhluk layak disembah makhluk yang lain. Justeru, dilarang dibuat pet. Bergambar berhari raya apatah pula. Kisah Ashabul Kahfi bukan berlaku di zaman umat Muhammad malah sebelum Kristian lagi. Bila merujuk Quran rujuk sama Hadis. Itu yang membeza Islam dengan agama wahyu lain.


5 comments:

  1. Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

    Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

    Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
    1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
    2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
    3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
    4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
    5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

    Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

    Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

    Rumusan:
    1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.
    2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

    ReplyDelete
  2. Hukum pelihara anjing

    SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

    Antara alasan-alasan yang mereka beri:

    1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.

    2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.

    3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.

    4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.

    5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.

    6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.

    7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.

    8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.

    Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."

    JAWAPAN

    Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.

    ReplyDelete
  3. sambungan...

    Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).

    Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.

    Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.

    Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

    Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.

    Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

    Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.

    Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).

    Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.

    Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.

    Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

    Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

    Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.

    Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.

    Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.

    Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.

    Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas pencerahan

    ReplyDelete
  5. "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul".

    Teman cuba ngengok isu ini dari sudut yg positif!!

    Dlm negara kita Malaysia yg dicintai, penganut Islam-Melayu (sebagai 'tuan rumah') harus bersikap terbuka meraikan Aidilfitri bersama tetamu yg berbilang bangsa dan agama.

    Walaupun yg datang tu 'anjing-anjing' dari berbagai 'spesies, warna dan asal-usul' > kita tetap menghargai tetamu.

    Harap2 'anjing-anjing' tu nanti jangan le pulak nak gigit balik org yg telah meraikan dan mengangkat dema sebagai tetamu.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).