SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan ‘Selamat Berbuka Puasa’ dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.
“Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
“Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia,” katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.
Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
“Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
“Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh,” katanya. -mStar
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).