Kecelaruan informasi dan hebahan media sosial membuatkan maklumat dari kemalangan bas yang terhumban ke gaung di kawasan Genting Highlands bertindih antara satu sama lain.
Kejadian pada mulanya dikatakan berlaku di Lebuhraya Karak hingga kecoh di Twitter sementara laporan berita di TV kemudiannya menyebut kemalangan berlaku berhampiran tokong Chin Swee yakni di pinggir puncak Genting.
Sehingga jam 8:20 malam, 29 mayat telah dikeluarkan dan 4 lagi masih belum dikeluarkan dan dipercayai telah mati. Kesemua mangsa terperosok dan terkumpul ke hadapan bas akibat impak hentaman.
Terkini sehingga jam 10 malam, 37 orang disahkan maut.
Bas tersebut pada mulanya dinyatakan membawa 49 orang penumpang. Kemudian menjadi 53.
Sepertinya ada yang tidak kena dengan sumber mula yang seolah-olah cuba dilindungi oleh pihak tertentu. Ini kerana, laporan awal tersebar di portal berita menyebut ia merupakan sebuah bas persiaran.
Bas yang tertulis GENTING mirip 'bas tambang murah' milik Genting yang beroperasi dari Stesen Bas Genting di pinggir First World Hotel ke Stesen Bas Pekeliling di Jalan Tun Razak, KL.
Bas murah ini menjadi pilihan 'rakyat' berpendapatan kecil dan para pekerja resort tersebut dengan tambang hanya sekitar RM6.50 dan mengangkut cukup ramai penumpang. Bas ini diisi seperti bas bandar dengan sejumlah penumpang berdiri untuk perjalanan sejauh 47 km tanpa henti naik turun ketinggian dari 50 meter hingga 1,700 meter dari aras laut.
Berita dari The Star melaporkan :
37 dead in Genting bus crash
PETALING JAYA: Thirty-seven people were killed in the country's worst road tragedy, after a bus carrying 53 plunged into a 60m ravine near Genting Highlands around 2.45pm Wednesday.
The dead included 24 males and 13 females. Sixteen people were injured in the incident.
The search and rescue operation was called off at 10pm.
According to Fire and Rescue Department deputy director-general Datuk Soiman Jahid, the dead included the driver of the bus.
It is believed that the driver had lost control of the bus, which then rammed a divider before plunging down the gorge.
Hanya kerana tambang murah nyawa melayang dan kerana bas yg kurang kepastian syarikat yg tulen.
ReplyDelete