Thursday, August 22, 2013

Bas Masuk Gaung Di Genting Highlands : Hantu Lapar Disalahkan



Nampaknya ada alasan untuk dipersalahkan oleh ramai kalangan kaum itu di negara ini atas kejadian bas masuk gaung di Genting Highlands yang mengorbankan 37 orang itu.

HUNGRY GHOST FESTIVAL

Oleh kerana menurut kalendar Cina, bulan ini masih lagi dalam 'Bulan Hantu Lapar' di mana kemuncaknya ialah pada bulan mengambang kelmarin yang merupakan bulan ke 7 dalam kalendar Cina, ramai pula yang menyalahkan hantu-hantu lapar yang mencari mangsa.

Menurut budaya mereka, dalam bulan ini hantu-hantu lapar, kononnya roh-roh nenek moyang, akan menghampiri suku sakat mereka yang tidak memberinya makan pada hari Cheng Beng selain mengganggu orang lain.

In Chinese tradition, the fifteenth day of the seventh month in the lunar calendar is called Ghost Day and the seventh month in general is regarded as the Ghost Month (鬼月), in which ghosts and spirits, including those of the deceased ancestors, come out from the lower realm. Distinct from both the Qingming Festival (in spring) and Chung Yeung Festival (in autumn) in which living descendants pay homage to their deceased ancestors, on Ghost Day, the deceased are believed to visit the living.

The first day of the month is marked by opening the gate of a temple, symbolizing the gates of hell. On the twelfth day, lamps on the main altar are lit. On the thirteenth day, a procession of lanterns is held. On the fourteenth day, a parade is held for releasing water lanterns. Incense and food are offered to the spirits to avoid them visiting homes and spirit paper money is also burnt as an offering.[9] During the month, people avoid surgery, buying cars, swimming, and going out after dark. It is also important that addresses are not revealed to the ghosts.

Namun, di negara ini, istilah salahkan hantu-hantu lapar tidak boleh dipakai. Ia hanyalah dongeng tradisi mistik penuh khurafat yang telah 'dipelihara' atas nilai keagamaan. Tapi agama apa? Bukan keagamaan. Hanya kepercayaan semata-mata.

Kementerian Pengangkutan harus bertegas dalam isu ini memandangkan ia merupakan kemalangan paling buruk dalam sejarah negara.

Bukan hantu yang lapar. Tetapi kelihatannya pengusaha pengangkutan itulah yang lapar wang dan mengabaikan keselamatan bas sewajarnya.

Sebagai pengguna tetap pengangkutan awam, teman marah.

Mangsa dakwa bas usang

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Salah seorang mangsa yang terselamat dalam nahas bas ulang-alik di Genting Highlands petang ini mendakwa bas itu berada dalam keadaan kurang memuaskan untuk membawa penumpang.
Zaid Ismail, 25, teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu, teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya.
Katanya, teman wanitanya itu, Nur Syamimi Ja'afar, 25, yang terselamat bersama adiknya, Nur Fathiah, 21, juga memberitahu, dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara.
"Nur Syamimi dan adiknya, Nur Fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1.30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang.
"Menurutnya, dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan.
"Malah Syamimi sendiri memberitahu, dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba-tiba sebelum kemalangan itu berlaku.
"Tidak sangka, perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa-rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan," katanya.
Nur Syamimi dan Nur Fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di Hospital Selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil.
Sementara itu, salah seorang mangsa nahas bas Genting Highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik-detik cemas dilalui kepada majikannya.
Shyed Ali Haider Shyed Haider, 46, pekerja warga Bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya, Siti Rahamutun Yusof yang sempat melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.
Melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh Siti Rahamutun, mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di Genting Highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel.
Menurutnya, mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130822/dn_02/Mangsa-dakwa-bas-usang#ixzz2cgV13UtD
© Utusan Melayu (M) Bhd 


1 comment:

  1. Hantu ada kat mana mana, masuk rumah tak bg salam, hantu /setan ikut masuk, makan tak baca bismillah, hantu/setan ikut makan, bilik kosong kat rumah tak guna membazir, hantu/setan tumpang huni,....
    Pelindung kita hanya Allah swt ! Mintalah perlindunganNya dr segala bencana dan petaka !

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).