Tuesday, August 20, 2013

Maksud #R4BIA


Isyarat 'Raba'a' yang bermaksud 'empat' atau 'keempat' dalam bahasa Arab telah menjadi simbol penentangan ke atas tentera Mesir beberapa jam sebelum operasi kejam tentera Mesir bermula 14 Ogos lalu yang sehingga kini telah membunuh lebih 3,300 orang penunjuk perasaan pro-Morsi. 

Presiden Mohammed Morsi, presiden Mesir pertama yang dipilih melalui pilihanraya telah digulingkan oleh pihak tentera Mesir pada 3 Julai lalu, kira-kira genap setahun selepas ia memegang tampuk kuasa.

Isyarat Raba'a yang ditulis R4BIA menurut sumber membawa maksud keteguhan, kekuatan, perlawanan dan peyatuan yang menjadi simbol kebangkitan pejuang demokrasi di Mesir hari ini.

Selain itu ia juga membawa maksud kawasan kubu demonstran pro-Mursi iaitu Raba'ah Al- Adawiyah Square di Mesir yang menjadi medan tragedi apabila ia digempur tentera Mesir pada 14 Ogos lalu.

Kumpulan pro-Morsi telah mendapat simpati ramai pihak di kalangan dunia Islam dan penggunaan simbol ini di gambar profil laman Facebook dan avatar di Twitter dibuat bagi melambangkan kepedulian atas apa yang berlaku di Mesir.

TIADA PIHAK YANG BERHAK MENGGULINGKAN KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT. TIDAK KIRALAH KEMENANGAN SECARA UNDI POPULAR ATAU UNDI ELEKTORAL, MUTLAK KEMENANGANNYA ADALAH MENGIKUT SISTEM MANA YANG DIGUNAPAKAI.

Harus diingat, pemilihan presiden Morsi jika mengikut AMALAN PEMBANGKANG BANGANG negara ini, tentu sekali sentiasa akan dipertikaikan memandangkan hanya 51.8% dari keseluruhan 52% rakyat Mesir yang keluar mengundi pada pertengahan 2012 lalu memilihnya. 

INI BERMAKNA, MORSI HANYA DIPILIH OLEH 25% DARI PARA PENGUNDI DI MESIR!

Namun, sistem yang digunapakai meletakkan Morsi sebagai Presiden. Maka, itu perlu dihormati!

Tetapi di negara ini : KLIK DAN BACA

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).