PUTRAJAYA 29 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan kerajaan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap sebagai langkah untuk menjamin keselamatan rakyat.
Tegas Perdana Menteri, pengumuman tersebut bagi memenuhi kehendak rakyat yang mengharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap kumpulan penjenayah berkenaan.
"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas dapat diambil. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh," kata Najib.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di sini hari ini.
Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan kesemua 49 kumpulan haram dan kongsi gelap melibatkan 40,313 ahli yang bergerak aktif dalam kegiatan jenayah dadah, bunuh, peras ugut dan pergaduhan di seluruh negara.
Sementara itu Perdana Menteri menegaskan Op Cantas Khas yang dijalankan oleh pihak berkuasa sejak dua seminggu lalu bukan suatu operasi pemburuan.
"Rakyat mahu hidup dalam suasana yang bebas dari ketakutan, justeru kita perlu membenteras jenayah terutama jenayah terancang.
"Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara di mana mereka dapat merasai keselamatan, ini tidak akan kita kompromi. Malahan saya meminta Polis Diraja Malaysia tindakan ini dilakukan secara berterusan," kata beliau. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130829/dn_26/Umum-nama-kongsi-gelap-demi-keselamatan-rakyat---PM#ixzz2dLmEZFCD
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).