Nilai subsidi bahan api negara ini berjumlah RM 24 billion setahun dan kini meningkat kepada RM 29 billion mungkin akibat kredit kereta paling mudah dibuat jika dibandingkan dengan negara lain.
Subsidi minyak jika dihapuskan akan menjadikan rakyat Malaysia yang berfikir, lebih prihatin terhadap nasib orang lain di pelusuk negara Semenanjung Melayu, Sabah dan Sarawak.
Tetapi minyak yang tidak bersubsidi tentu sekali mengurangkan penggunaannya. Tetapi, adakah stesen minyak kerugian ketika harga minyak RON95 menjadi RM2.70 lima tahun lalu.
Andai kata RM 15 billion dijimatkan dalam 3 tahun sahaja, tentu sahaja rangkaian landasan keretapi telah siap dibina dari Kuching ke Kota Kinabalu melalui Brunei, disamping lebuh raya 3 lorong yang terus ke Tawau.
Atau, 10 lapangan terbang baru semegah lapangan terbang kedua terbesar di Malaysia, Kota Kinabalu.
Atau, mempunyai cukup wang untuk membina jambatan enam lorong sepanjang 40km bagi menghubungkan Melaka dan Rupat di Sumatera.
Tetapi kita mensia-siakannya dengan perjalanan yang kurang manfaatnya demi memuaskan nafsu 'memandu' lalu hidup di dalam ekonomi subsidi yang palsu dan merugikan rakyat keseluruhannya.
Itu sahaja menyumbang Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai nisbah penduduk dengan kadar kematian akibat kemalangan jalanraya tertinggi di dunia.
RM2.73 seliter adalah nilai yang perlu diterima akal warga negara yang berminda ke hadapan.
org kat malaysia ni semua pentingkan diri sendiri....asyik nak hidup ergantung dengan subsidi aje....kalau xda subsidi x boleh nak hidup.........mcm harga gula naiklah semua kecoh padahal bknnya mkn gula sehari sampai dua tiga kilo.....pelik tapi benar
ReplyDelete