Saturday, November 23, 2013

Johor Cuti Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014

Sah Johor Bercuti Mingguan Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014


Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.
Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.


Sultan Johor isytihar cuti negeri pada Jumaat dan Sabtu

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
NOVEMBER 23, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 23, 2013 12:55 PM
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.
Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.
"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.
Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - TMI

26 comments:

  1. pandangan saya tidak perlu cuti hari jumaat,memang tidak dinafikan tujuan nya memudahkan umat islam menunaikan solat jumaat,pada mereka yg pernah ke Mekah dan Madinah menunaikan umrah atau haji,hari jumaat tidak di istiyharkan cuti,umat islam disana tetap berkerja dan tunaikan solat sprt biasa,selepas solat jumaat mereka bertebaran di atas muka bumi mencari rezeki,tetapi sudah tentu kita pula selepas solat jumaat banyak yg apa.....bila umat islam cuti hari jumaat,mereka telah meniru kaum yahudi dan nasrani yg bercuti pd hari ahad dan sabtu atas alasan utk beribadat,umat islam tidak perlu satu hari cuti atas alasan utk beribadat.umat islam mesti buktikan kpd kaum bukan islam yg mereka tidak perlu satu hari cuti khusus utk membuat amal ibadat,amal ibadat tetap dilakukan tanpa perlu ada hari cuti atau tidak,kerja tetap kerja tetapi ibadat tidak ditinggalkan.Sepatutnya umat islam berhenti kerja atau tutup segala perniagaan buat sementara waktu apabila mendengar azan solat fardhu sprt zohor atau asar utk menunaikan solat fardhu,begitulah yg berlaku di Mekah dan Madinah semua gedung perniagaan dittp sementara waktu utk solat fardhu dan berduyung2 menuju ke masjid atau bersolat di kedai atau pejabat.Tetapi di sini berapa ramai diantara kita bila mendengar azan bersegera tunaikan solat,malahan ada yg buat tidak kisah pun.....apatah lagi yg duduk bersembang di kedai2 makan dan mundar-mundir dipasaraya besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macamtu tak payah cuti jugalah pada ari ahad.. hari sabtu..
      Semua org pegi kerja.. semua org buat bisnis..
      Lagi maju negara..
      Drp dok berpolitik 24 jam.. baik kerja kuat utk anak bangsa...

      Hehehehe

      Bagiku hikmahnya.. dari segi dakwah.. banyak aktiviti keilmuan yg bol3h dibuat pada hari jumaat
      Jadikan jumaat hari ilmu.. beribadat dan menuntut ilmu agama...
      Jangan dok kejar ke dunia sangat..

      Salute kat johor atas daya ketahanan org Melayu Islam dgn negara jiran...( sekolah agama rakyat.. )

      Semoga cuti pada jumaat menyemarakkan lagi tradisi menuntut ilmu Islam.. sempena berkat hqri jumaat penghulu segala hari.. bolehlah beriktikaf lama2 kat masjid dan menadah kitab pada pagi jumaat..

      Wassalam

      Delete
    2. Hallo Bro. Ni bukan nak ikut negara Arab la. Dia org berkerjs kat Mekah dan Madinah sebab atas sebab berniaga. Cuti umum di Saudi adalah hari Jumaat.

      Keputusan Sultan Johor adalah hak dia. Tak perlu ikut negara2 Arab pun. Secara kebetulan aja. Yang utama bukitan kita orang Islam majoriti kat Johor tak perlu gentar untuk buat keputusan memertabatkan Jumaat adalah peghulu hari.

      Delete
    3. Ok kalau mcm tu kan...jgn ada satu cuti pun kat malaysia...raya pun x cuti...amacam??ok x...ok la jumaat cuti...kan senang t nak solat jumaat...budak sek pun xpyh susah2 nak g sek time tu...

      Delete
  2. setuju sangat2.....takperlu cuti pun hanya emata2 untuk menunaikan solat jumaat....solaty boleh dilakukan pada bila2 masa tanpa perlu cuti....

    ReplyDelete
  3. Korang tak setuju la sangat. Sekarang nasrani dan yahudi senang-senang dapat cuti di negara umat islam. Korang ingat beribadat itu main cincai-cincai? Atau korang ingat sembahyang Jumaat itu sekadar singgah masjid 30 minit? Jangan banding Mekah lah. Mekah sekarang siapa yang perintah? Cuba la semak Mekah dahulu kala. Kalau dapat ibadat waktu cuti apa kisahnya? Apa korang buat hari sabtu, ahad? Pergi kenduri nak cuti, nak rehat nak cuti. Beribadat tak perlu cuti? Banyak cantik pemikiran korang! Tujuan sembahyang jumaat bukan semata sembahyang. Ia adalah hari perjumpaan untuk semua perkara sepanjang hari. Demi kebaikan umat, cuba klorok kepala hotak korang ya.

    ReplyDelete
  4. Inilah kuasa raja2 melayu yang amat berkuasa penuh ke atas negeri masing2,cinabeng2 mesti bengang sebab mereka rasa kuasa mutlak teletak pada PM dan kabinet,twtapi sekarang mereka belajar kuasa raja melayu,ini belum lagi raja bercadang ingin mengambil balik negeri baginda dari presekutuan. Malaysia,lagi melopong cinabeng nak rampas kuasa.

    ReplyDelete
  5. Sokong 5.27....setidak-tidaknya tngungjwb Tuanku Sultan da lepas sebagai pemerintah kat pdg mahsyar kelak...pandai2la yg kat bwh ni..lau xnak ikut jwbla sendiri t...jgn salahklan itu ini bagai...kemudahan da diberi...

    ReplyDelete
  6. Bagus ape Johor cuti hari Jumaat, lepas ni makin berkurangan la cinabeng di bumi johor. Boleh perbanyakan kaum melayu di johor ni. Disko-disko, pub2 yang banyak di johor pun makin berkurangan pengunjung sebab istilah saturday night fever dah bakal tak wujud di johor nanti. Nak berdisko ape ujung mnggu?? Baru lepas mabuk2, penat2 dah kene kerja semula pada ari ahad. Tahniah sultan kerana prihatin dengan masalah sebegini.

    ReplyDelete
  7. Syukur alhamdulillah, walaupun duduk KL, tapi asal Johor, aku ttp syukur!! Teringat zaman kanak2 masa kat johor, bonceng motor ayah pergi masjid UTM setiap Jumaat. Aku dah singgah ke paper2 online dan blog2 pro PR. Korang boleh nampak puak mana yg melolong berlebih-lebihan. Habis dicaci, sekali dgn Sultan pun diorg dah tak hirau. Kita tengok siapa yg jilat ludah sendiri lepas ni. Sultan ambil langkah mendekati akhirat, tapi mereka kata Johor sedang reverse gear dari menuju kemajuan. Allah SWT ada perancanganNya. Sama2 kita berdoa utk kesejahteraan umat Islam dan Bumi tercinta ini. Allahuakhbar!!!

    ReplyDelete
  8. banyak sunat penghulu hari jumaat
    potong kuku pagi jumaat
    baca surah al waqiiah dan ar rahman pg jumaat murah rezeki
    satu detik di hari jumaat kalau kena pada saatnya di makbulkan allah taala
    kita islam memang kena sokong cuti jumaat
    tiba-tiba ada orang yang tak ambil kesempatan beramal pada penghulu segala hari pada hari jumaat.. itu kehendak masing-masing
    allah taala mendahuli umat islam beri kebesaran hari jumaat banding sabtu yahudi ahad nasrani.. turutan dia pun jumaat dulu kemudian sabtu kemudian ahad

    ReplyDelete
  9. Tanpa Nama berkata...
    banyak sunat penghulu hari jumaat
    potong kuku pagi jumaat
    baca surah al waqiiah dan ar rahman pg jumaat murah rezeki
    satu detik di hari jumaat kalau kena pada saatnya doa akan di makbulkan allah taala
    tak sapa tahu bila detik tu..ada sumber kata saat sebelum maghrib ..
    kita islam memang kena sokong cuti jumaat
    tiba-tiba ada orang yang tak ambil kesempatan beramal pada penghulu segala hari pada hari jumaat.. itu kehendak masing-masing
    allah taala mendahuli umat islam beri kebesaran hari jumaat banding sabtu yahudi ahad nasrani.. turutan dia pun jumaat dulu kemudian sabtu kemudian ahad

    ReplyDelete
  10. Patik sebagai rakyat Johor amat berterima kasih kepada Tuanku Sultan kerana menukar kembali cuti kerajaan negeri kepada Jumaat dan Sabtu.
    Istimewanya negeri Johor yg.memiliki Sekolah Agama , amat sukar bagi pelajar lelaki menunaikan sembahyang jumaat kerana waktu kembali dari sekolah kebangsaan/menengah sesi pagi, mereka bergegas ke sekolah agama sehingga ramai yg.terpaksa tidak balik kerumah setelah selesai sesi pagi dan terus ke sekolah agama untuk sesi petang.
    Semoga negeri2 lain yg.ber Sultan juga mengikut langkah bijak ini.
    Patik dengan ini juga mencadangkan agar kerajaan negeri Johor melaksanakan undang2 berikut sebagai langkah2 penguatkuasaan dan peningkatan berterusan perlaksanaan undang2 islam:
    1) Mewajibkan semua umat islam di Johor yg.ingin membuka akaun simpanan di mana2 bank di negeri itu secara automatic membuka akaun perbankan islamik.
    2) Semua pinjaman pembelian rumah atau kereta hendaklah dibawah skim pinjaman islam secara automatik disemua bank.
    3) Permudahkan skim pinjaman peribadi disemua bank agar berlandaskan islam dan tukar syarat peminjam dari hanya penjawat awan dan swasta terpilih kepada semua peringkat demi mengelak mereka meminjam dengan along dimana 90% peminjam mereka adalah melayu.
    4) Berikan lebih kuasa Penguatkuasaan kepada Jabatan Agama Negeri terutama memerangi wabak Syiah yg.sedang berkembang.

    Gen2felda

    ReplyDelete
  11. Tanpa nama 2:59 & 3:19,

    Apa kena .....janganlah nak pertikaikan akan pengumuman oleh SULTAN JOHOR kalau bukan rakyat JOHOR .

    TERLEBIH DAHULU MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA ALLLAH YANG MAHA KUASA ATAS PENGUMUMAN TERSEBUT YANG SEMEMANGNYA DI NANTIKAN.....SAMA SEMULA DENGAN NEGERI KEDAH,KELANTAN DAN TERENGGANU.

    Tak tahu ke atau tak faham SOLAT JUMAAT TU HANYA ADA PADA HARI JUMAAT SAHAJA BUKAN PADA HARI LAIN-LAIN...

    Tak tahu le kalau nak cuti hari AHAD untuk pergi sembahyang di GEREJA......

    ReplyDelete
  12. ape ke bangang nye anon yg atas skali bantah hari jumaat berterbaran atas muka bumi lah.. bla bla bla

    hari kiamat kan jatuh hari jumaat.. jadi boleh lah buat bekalan amalan masa cuti.. Bertebaran atas muka bumi cari rezeki? abis solat jumaat mu gi lah sdiri cari rezeki x perlu nk tggu org lain isytihar hari kerja utk mu

    ReplyDelete
  13. SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KETEGASAN Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar /KESULTANAN MELAYU menegakkan SYARIAT ISLAM dgn. memberikan cuti mingguan hari JUMAAT! Kat Barat ni - hari Ahad, punperniagaan tak bagi buka sebab hari Sabtu dan Ahad adalah hari sybagogue/gereja YAHUDI-KRISTIAN!

    Bah. pertama:

    MALA PETAKA betul kpd. PARTI ISLAM PAS, golongan ulama serta NEGARA ISLAM kita ni! UMNO terutamanya Pemuda, dan PAS pun makin diJAHANAMkan golongan LIBERAL-PENGKHIANAT!

    Lihat bagaimana SEJARAH ISLAM/MELAYU PUSAKA INDAH kita di Tanah Melayu NUSANTARA kita ini, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita dari sebelum dijajah Barat-Zionis lagi, makin diMUSNAHkan, disyaki oleh si KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu PAP-Barat-Israel mereka) terutamanya di P. Pinang dan Selangor (nak buat mcm. kat S'pura, dan Langkawi pun si LIBERAL serta si KAPIR, nak jadikan mcm. Monaco) - di (dihttp://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131123/lk_04/Tapak-arkeologi-diceroboh:

    AKTIVITI pencerobohan oleh kumpulan pencari harta karun dan pengamal amalan khurafat yang masih berleluasa akan terus mengancam tapak-tapak arkeologi di sekitar Jugra.

    Pembantu Muzium Insitu, Mohd. Jangi Zaimin berkata, pihaknya mengesan beberapa aktiviti pencerobohan yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pencari harta karun dan pengamal pemujaan judi nombor ekor sejak beberapa tahun lalu.

    "Salah satu daripada tapak yang terjejas teruk oleh aktiviti penggalian yang dilakukan secara haram adalah di tapak perigi lama Jugra.
    "Walaupun kita pernah memasang pagar untuk melindungi tapak kajian namun usaha itu gagal. Kedudukan tapak yang terpencil memang agak sukar diawasi,'' katanya.

    Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kemusnahan kepada tapak arkeologi dan mengganggu program penyelidikan yang masih belum selesai.

    Mohd. Jangi berkata, ketaksuban untuk memperoleh kekayaan dengan cara mudah menyebabkan kumpulan itu sanggup menjalankan aktiviti mereka pada waktu malam.

    "Mereka percaya tempat-tempat ekskavasi mampu menemukan mereka dengan artifak-artifak berharga yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu.

    "Untuk mendapatkannya ada yang sanggup membahayakan diri dengan menggali lubang sehingga mencapai kedalaman beberapa meter.

    "Selain pencari harta karun, tapak arkeologi juga menjadi sasaran pemuja nombor ekor yang mempercayai tempat seperti itu sebagai keramat,'' jelasnya.

    Tapak perigi lama Jugra menempatkan sembilan buah perigi yang dipercayai pernah menjadi lokasi persinggahan pedagang untuk mengambil air bersih dan berlindung ketika ribut di laut.

    Ditemui melalui projek ekskavasi pada 2001, tapak arkeologi yang terletak kira-kira 200 meter dari Muzium Institu itu masih mempunyai susunan batu-bata yang membentuk perigi dan saliran longkang.

    Makcik Sambal Belacan - SAYU mengenang lagu ASLI Melayu PUSAKA kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham, Tan Sri Saloma (isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee) - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup melarat di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro.

    ReplyDelete
  14. Bah. Kedua:

    Lihat SEJARAH PUSAKA Islam/Melayu gemilang kita yang sengaja diHANCOQkan di Jugra - di http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20131123/lk_01/Sejarah-yang-dilupakan , Sejarah yang dilupakan, MOHD. AIDY KHAIRUNIZAM :

    KEMASYHURAN Jugra sebagai pusat maritim yang wujud sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka pernah disebut oleh Tun Seri Lanang di dalam buku tulisannya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

    Di dalam karya kesusasteraan itu, kesibukan pelabuhan Jugra yang terletak di kuala Sungai Langat digambarkan menyampai kesibukan pelabuhan Melaka yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah.

    Selain gambaran menjadi pintu masuk utama perdagangan di Selangor, Tun Seri Lanang turut menyebut ketibaan Laksamana Hang Tuah di pelabuhan Jugra selepas keluar berlayar dari Melaka.

    Diceritakan kononnya Hang Tuah menghabiskan masa selama dua hari dua malam di Jugra selepas kapalnya yang berlabuh di pelabuhan tiba-tiba karam.

    Sama ada benar atau tidak petikan daripada tulisan itu, kisah persinggahan Hang Tuah menjadi sebahagian daripada kisah yang bermain di bibir penduduk apabila menceritakan tentang sejarah Jugra.
    Salah satu daripada 'bukti' yang digunakan untuk mengaitkan kisah itu adalah kewujudan kesan tapak kaki pada batu besar berhampiran jeti Batu Hampar yang terletak tidak jauh dari kaki Bukit Jugra.

    Jeti Batu Hampar di tebing Sungai Langat itu dipercayai adalah tapak pelabuhan yang dimaksudkan oleh Tun Seri Lanang sebagai pelabuhan Jugra.

    Selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, Jugra dikenali sebagai bandar Diraja apabila Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) memilih kawasan di pinggiran Bukit Jugra sebagai tempat bersemayam. Baginda menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbiran Selangor antara 1859 hingga 1898.

    Pada masa kini, tinggalan seperti balai polis lama, makam Diraja, pejabat daerah lama, stor peluru, istana lama, Istana Bandar, masjid Sultan Ala'eddin Shah dan tapak perigi lama merupakan sebahagian daripada bukti sejarah yang masih boleh dilawati

    Cuma malangnya sebahagian daripada tinggalan itu ada yang sudah musnah dan dalam keadaan terbiar. Hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.

    Ketua Muzium-Muzium Daerah Wilayah Selatan, Mohd. Aidy Khairunizam Rashid berkata, Jugra pernah menjadi laluan utama pengangkutan bijih timah yang diangkut dari Kajang, Balakong, Hulu Langat dan Semenyih.

    "Sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad, Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah sebelum dibawa keluar melalui Sungai Langat.

    "Berdasarkan bukti-bukti yang ada, kita percaya Jugra pernah memainkan peranan yang penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan beralih ke Klang pada 1882,'' katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
    Selain itu katanya, Jugra semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Samad dan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor kelima) pernah menjadi kawasan pertanian utama di Selangor.

    "Hasil daripada kemakmuran pemerintahan kedua-dua sultan, Jugra diberi nama timangan sebagai Bandar Temasya.

    "Sebelum itu nama lama Jugra adalah Tanjung Kera kerana terdapat banyak kera di kawasan bukitnya,'' kata beliau.......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  15. 2:59 & 3:19 PTG, lu punya ekoq-ekoq ni dr. PENGGANAS Red Bean KURAP RASIS aahh?! Kalau lu TAK suka ISLAM, BUMIPUTERA Melayu/Islam termasuk Raja-Raja Melayu kami, dan TANAH MELAYU kami ini, pusaka berzaman nenek moyang kami ini, dari sebelum dijajah British-Zionis KAPIR laknat lagi, lu boleh BERAMBOS dan MAMPOS dgn. TEMBERANG lu!

    Mulut lu mcm. BANGKAI penuh ulat - lu banyak lahap itu BABI punya KANGKANGkah?! Atau lu mabuk minum itu KENCING BABI aahhh?!

    Jadi, kerana lu 2 ekoq ni BODOH mcm. KERBAU, baik lu pi BERAMBOS kat blog-blog DAJAL BODOH DAPBANGKAI/PKR!

    ReplyDelete
  16. Asalamualaikum . Aku, rakyat Sultan Johor. Tahniah Tuanku, mudah-mudahan negeri Johor terus di rahmati Allah SWT.
    Pada mamat 2 ekor kat atas tu, aku nak kasi tau. Dah 5 tahun aku kerja d Arab Saudi hingga hari ini. Dulu hari cuti di sini, Khamis dan Jumaat. Siang simpan tenaga, malam bergusti, besok pergi masjid awal utk solat. Best tu.
    Sekarang dah di tukar, off day pada hari Jumaat dan Sabtu.
    Korang berdua pernah ke Mekah ke?
    Banyak kelebihan off day hari Jumaat ni.
    1- Adalah hari raya bagi orang Islam. Dah nama raya, cuti laa.
    2- Bole datang awal ke Masjid, hidupkan Amalan masjid seperti membaca Al Quran, zikir . Korang pergi la mana2 masjid d Arab Saudi ni, membaca Quran dah jadi amalan mereka. Meriah bro...masing2 baca Quran. Aku pun dah terikut2 cara dorang, bile balik cuti, 11 pagi dh dlm masjid, baca Quran sehingga bilal datang azan.
    3- Mengeratkan hubungan silaturahim. Selepas solat Jumaat, x perlu nak gesa2 tinggalkan masjid. Bolehlah berbual2 dgn jiran2 ke, dgn kariah masjid yg lain malah dengan YB pun boleh. Ada rezeki dapat berborak dengan Tuanku. Malah boleh sambung buat amalan masjid.
    Pada mamat tu, aku x nampak apa yang x baik off day hari Jumaat nie. Dan aku pelik kenapa korang sibuk sgt. Sapa Sultan ko?
    Pada semua rakyat Sultan Johor, gunakan peluang ini untuk nak tarik rahmat Allah. Seawal solat Subuh, penuhkan Masjid. Hidupkan amalan d masjid. Perkukuhkan persaudaraan Islam, x kira la korang colour apa. Hijau atau biru, pil panadol atau keris.
    Bila rahmat Allah turun pada kita, golongan kafir x kan berani nak angkat muka. X mcm sekarang, orang Islam sendiri dah di cabut nur Islam di wajah nya hinggakan si kafir berani tunjal2 kepala kita.

    ReplyDelete
  17. Syabas Tuanku Sultan Johor ! Menjadikan hari Jumaat sebagai cuti umum adalah suatu tindakan yang samat baik, kerana ia memberi peluang dan ruang untuk umat Islam memanfaatkannya mengikut syariat Islam bukan ikut cara orang kafir dan musyrik. Biar dikritik mereka yang tidak faham mengenai agama tetapi diredahi Allah Yang Maha Bijaksana, Dialah akan memberi pahala kepada Tuanku dan Kerajaan di bawah pemerintahan tuanku. Kita harap negeri-negeri Melayu lain (yang beraja) akan ikut langkah Tuanku, menjunjung kasih Tuanku.

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah syukor kpd Allah taon depan 2014 negeri johor akan mule cuti hujung minggu ari jumaat n sabtu..titan sultan johor..banyak kelebihan bile cuti ari jumaat nih..selain dpt memperbanyakkan amal ibadat ia secare x langsung dpt melancarkan pentabiran kerajaan negeri dan budak skolah agame/menengah/kebangsaan pun x perlu berebut2 mase dan sebagainye..cian Kat bebudak skolah tu..

    ReplyDelete
  19. Mslhnya ialah kelebihan tu cuma mguntungkn org govje. Bg org swasta yg x ikut cuti jumaat sabtu senarionya ttp sama. Terkejar2 utk gi solat jumaat n masuk kje semula. Brp rmi pkerja gov kt jhr ni klu nk dibndingkn dgn swasta. Klu kata nk permudahkn ibadah n mengimarahkn masjid, buatla betul2. Wajibkn seme pihak swasta n gov cuti jumaat sabtu. Barulah xde alasan klu x gi solat jumaat cthnya x sempat or rht.x pjg bg org swasta. Kli mcm tu sy sokong je 100% cuti mingguan diubah. Dahla laki bini cuti berbeza...nk plan ape2 dihujung mggu pun susah.Nk buat knduri kndara jmput sedara mara luar johor pun pyh. Abaikn soal knduri or cuti....solat jumaat pun susah klu swasta x cuti ikut gov. Xde bezanya dgn cuti mingguan sedia ada.

    ReplyDelete
  20. gembirakan semua.. disyorkan biar jumaat jadi cuti tambahan.. cuti 3 hari, seluruh warga johor rasa akan puashati.

    ReplyDelete
  21. Terbaca macam syarikat swasta masih boleh memilih cuti Jumaat atau tidak. Saya harap pihak swasta di Johor juga diwajibkan cuti hari Jumaat. Kerana umat Islam bukan saja bekerja dijabatan kerajaan, malah ramai juga di syarikat swasta. Sebab tak logik jika suami cuti, isteri kerja vice versa.

    ReplyDelete
  22. Betul, saya sokong <30 November 2013 8:59 PTG>. Biar cuti Jumaat tu selaras satu negeri Johor tak kira kerajaan atau swasta.

    ReplyDelete
  23. Dah lama ingin menyuarakan..pls fikirkan keadaan kami, ibu ayah yang xsama waktu cuti ngan
    anak2. Nak balik menziarah kampung pun terpaksa salah seorang mengalah. sampai bila yer nak camni. Nak jumpa saudara sendiri pun payah. masing2 cuti berlainan dengan krj negeri skrg. kesian ibu ayah..kesian atuk nenek..kesian lagi anak2 yang berjumpa ibu ayah hanya pd waktu malam yang waktunya sangat singkat. bila ibu ayah cuti..anak2 sekolah. bila ank2 cuti..mak ayah pulak bekerja. tolonglah selaraskan

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).